“Aku tengok mak macam tak kahwin, suami duduk asing, lepas ayah meninggal, mak jadi perampas suami orang”

“Aku tengok mak macam tak kahwin, suami duduk asing, lepas ayah meninggal, mak jadi perampas suami orang”

“Aku tengok mak macam tak kahwin, suami duduk asing, lepas ayah meninggal, mak jadi perampas suami orang”. #Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Sebelum kalian baca confession ni, ingin aku katakan di sini bahawa tujuan penulisan ini bukanlah bermaksud untuk aku mengaibkan sesiapa, lebih – lebih lagi mak aku sendiri.

Cuma aku nak kalian buka mata dan berwaspada dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku dalam hidup kalian. Mungkin ada antara pembaca confession ni sebenarnya dah pun menjadi adik beradik tiri aku tanpa kalian ketahui.

Pertama sekali, aku nak bagitau yang aku ni boleh dikatakan ‘living and growing in a br0ken family’ dan aku tau, zaman sekarang ni, bukan aku sorang yang dibesarkan dalam family macam ni. Ramai lagi di luar sana yang hidup dalam keadaan lebih susah

"Aku tengok mak macam tak kahwin, suami duduk asing, lepas ayah meninggal, mak jadi perampas suami orang"

Pendek cerita, ayah aku dah meninggaI lebih kurang 5 tahun lepas. Lepas arw4h ayah aku meninggaI, kami sekeluarga berpindah untuk tinggal dengan nenek aku di kampung. Sepanjang mak aku bergelar janda ni, ada satu perkara yang aku susah nak terima.

Mak aku ni jenis peramah orangnya. Sampai satu tahap, aku rasa macam melebih – lebih pula ramahnya, especially dengan lelaki. Sepanjang tempoh ni juga aku dah ‘diperkenalkan’ dengan ramai prospek ‘ayah baru’. Dan semuanya ‘suami orang’.

Sebagai anak sulung, memang automatik kita akan rasa ‘overpr0tective’ terhadap family, maka aku rasa bertanggungjawab untuk menegur mak aku kalau aku rasa benda tu salah. Awal – awal aku cakap yang aku ni sebenarnya jenis yang malas nak ambil ‘port’ dalam urusan orang.

Lagi – lagi dengan siapa mak aku berkawan sebab aku rasa dia pun dah besar, dah jauh lagi matang daripada aku. Tapi bila soal ‘ayah baru’ ni dibangkitkan, aku memang pantang kalau mak aku sebut yang lelaki tu ‘suami orang’ sebab aku tak akan pernah lupa macam mana mak aku dulu pernah terIuka bila dapat tau yang arwah ayah aku kahwin lagi satu senyap – senyap.

Oleh itu, aku boleh cakap yang aku cukup faham dengan perasaan isteri no.1 yang rasa teraniaaya, tertipu, bila suami dia berpoIigami secara senyap – senyap. Pernah suatu masa aku bertengkar dengan mak aku sampai aku keluarkan ayat ni; “kalau mak kahwin dengan laki orang, mak pun sebenarnya sama macam bini ke-2 ayah dulu. Peraampas!”.

Aku tau, agak keterlaluan untuk aku berkata begitu dengan mak sendiri. Tapi aku tak nak keluarga orang lain pula porak – peranda sebab tak boleh terima kehadiran mak aku sebagai isteri ke-2 orang lain, ibu tiri kepada anak – anak suami orang lain. Aku tak sanggup.

Cukuplah keluarga aku sendiri yang terpaksa berhadapan dengan akibat sebuah perceraian. Nak dipendekkan cerita, dalam tahun lepas, mak aku perkenalkan kami adik beradik dengan sorang pakcik ni yang berstatus ‘suami dan ayah orang’.

Mula – mula aku jumpa pakcik tu, aku cuba untuk bermanis muka (mungkin sebab dah makin matang). Aku cuba untuk buang segala persepsi negatif. Aku cuba untuk letak diri aku di tempat mak aku yang mungkin kesunyian tanpa teman hidup.

Aku cuba letak kebahagiaan mak aku sebagai keutamaan walaupun mungkin akan ada pihak yang terIuka. Tapi bila dah m4kin lama, memang aku nampak ‘persahabatan’ mereka ni m4kin lama m4kin rapat. Pernah aku tanyakan pada pakcik tu dulu.

“Isteri pakcik tau tak yang pakcik berkawan dengan mak saya ni?”. Korang mesti boleh agak apa jawapan dia kan. Mestilah tak. Hmmm. Sejak dari tu, aku tak komen banyak. Aku perhati je sejauh mana hubungan diorang ni boleh pergi.

Setiap kali diorang ‘on the phone’, setiap kali tu aku rasa menyampah, meluat bila mak aku sengaja lembutkan suara dia bila dia bersembang dengan pakcik tu. Bila bercakap dengan anak – anak sendiri, bukan main kasar lagi.

Makin aku diamkan je bila tengok diorang masih berhubung, m4kin menjadi – jadi pula aku rasa permainan diorang ni. Pakcik tu tinggal di selatan tanah air. Mak aku pula tinggal di bahagian utara. Aku, sebagai penuntut IPTA sekarang study di Selangor.

Kadang – kadang bila mak aku datang jenguk aku di U, dia bawa pakcik tu sekali. Jadi, jelaslah yang diorang ni berdating. Mak aku selalu juga guna alasan untuk ke KL atas urusan kerja, tapi sebenarnya ‘berdating’ dengan pakcik tu.

Dalam 3 – 4 bulan lepas, mak aku datang jenguk aku lagi di U, bawa aku dan adik laki aku sorang ni keluar makan. Pakcik tu pun ada sekali. Lepas makan, mak aku cakap ada benda yang dia nak bagitau aku.

Aku tanya dia, “Kenapa? Nak kahwin?”. Mak aku dan pakcik tu saling berpandangan. Lepas tu mak aku tanya aku balik, “Boleh ke?”. Aku jawab, “Kakak tak pernah halang pun sebelum ni kalau mak nak kahwin. Cuma jangan kahwin senyap – senyap. Buat ikut cara yang betul. Kalau bini pakcik tak tau lagi, bagitau dulu.”

Tiba – tiba mak aku cakap, “Mak dah kahwin”. Allah. Sumpah aku cakap, masa tu, luluh jantung aku bila dapat berita tu. Entah masa bila, entah macam mana mak aku kahwin pun aku tak tau. Entah berapa lama diorang simpan rahsia ni pun aku tak tau.

Masa tu, aku memang tak boleh nak fikir apa – apa dah. Memang aku tak percaya mak aku sendiri sanggup buat macam tu. Lagi menyedihkan bila dia membelakangkan keluarga dia sendiri yang selama ni mempertaahankan dia masa dia susah.

Semua adik beradik dia, nenek aku, semua tak tau pasal pernikahan senyap – senyap mak aku ni. Dan aku rasa, sampai sekarang, cuma aku dengan adik bawah aku je yang tau pasal ni. Adik – adik aku yang lain semua tak tau lagi sebab diorang pun masih kecil lagi. Aku pun tak sampai hati nak bagitau diorang.

Aku bertanya la, bila, dekat mana diorang kahwin semua. Bini pakcik tu tau ke tak yang dia dah kahwin dengan mak aku. Jawapan dia, mestilah tak. Lepas je mak aku cakap yang dia dah kahwin tu, aku macam dalam keadaan terk3jut lagi dan berada dalam ‘denial state’ sampai hari ni.

Aku langsung dah tak tanya pasal details perkahwinan dia sebab aku rasa jijik dengan benda ni. Walaupun lepas diorang berkahwin pun, aku tengok mak aku tu sama je macam tak kahwin. Hidup pun asing – asing juga. Sorang kat utara, sorang kat selatan. Nafkah pula lagi la.

Tang mana nak bagi nafkah dah kalau tinggal pun tak sebumbung. Nafkah zahir pun aku tengok, mak aku tiap – tiap bulan masih sama je macam sebelum kahwin, kadang-kadang ada la waktu ‘sempit’. Silap – silap, mak aku yang bagi pakcik tu duit lagi ada sebab pernah sekali hari tu aku terbaca mesej mak aku minta hutang dia balik dengan pakcik tu.

Pokok pangkalnya, aku tak faham apa tujuan diorang berkahwin sebenarnya. Aku tak nampak apa – apa kebaikan pun kat keluarga aku. Lagi teruk, aku rasa ada. Sebab perkara ni masih menjadi rahsia dalam keluarga, kalau ada benda yang buat aku terasa pun, aku kena pendam, makan hati sorang – sorang.

Mak aku dalam dunia dia, anak – anak dalam dunia masing – masing. Memang aku tak nafikan, mak aku tak abaikan tanggungjawab dia sebagai mak. Bagi kami adik beradik duit buat belanja, beli apa – apa yang perlu. Tapi aku dapat rasa yang adik – adik aku sangat kurang dapat kasih sayang.

Lagi – lagi daripada seorang ayah. Walaupun adik – adik aku kecil lagi, tapi diorang dah mula mengerti yang mak aku bersusah – susah untuk keluarga kitorang, tanpa pertolongan seorang ‘ayah’. Walhal sebenarnya kitorang dah ada ayah tapi langsung tak tunaikan tanggungjawab sebenar dia.

Dan sampai sekarang, semua adik beradik mak aku tak tahu pasal benda ni. Aku tak tahu la sampai bila aku boleh bertahan dengan rahsia ni sebab m4kin hari aku rasa hubungan aku dan mak aku m4kin renggang. Tinggal sebumbung tapi tak bertegur. Masuk dapur tapi buat hal masing – masing.

Sebagai anak, lagi – lagi anak sulung, aku tau yang aku kena selalu beralah. Aku la yang kena satukan balik keluarga kitorang macam dulu. Tapi susah bila mak aku sendiri terlalu eg0 untuk mengaku kesilapan diri dia sendiri.

Duit tak boleh gantikan kasih sayang dalam sebuah keluarga. Sekarang aku betul – betul faham bila orang kata kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Dulu, aku pernah ditegur kawan mak aku. “Hatta ibu kamu tu seorang peIacur sekali pun, kamu tetap kena hormatkan dia”.

Aku masih hormatkan mak aku. Sekarang, aku cuba untuk elakkan perbaIahan dengan mak aku. Jadi aku ambil jalan untuk berdiam je dalam rumah ni. Tapi, sampai bila aku harus berdiam dengan keadaan macam ni? Sampai bila aku terp4ksa berdepan dengan rasa bersalah terhadap makcik pakcik aku pasal rahsia perkahwinan mak aku ni?

Diorang yang banyak tolong family kitorang selama ni. Semua tu aku serahkan pada Dia. Sekarang, apa yang aku boleh buat, selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Walau perit macam mana sekalipun, aku tetap kena sokong mak aku. Aku tetap kena ada untuk dia.

Akhir kalam, aku mohon kalian boleh doakan kebahagiaan family aku dan semoga pintu hati mak aku akan terbuka untuk berubah. Aku rindu family aku yang dulu. Happy, walaupun hidup susah. Walaupun arw4h ayah aku mungkin silap dalam keputvsan dia untuk berpoIigami secara senyap – senyap, tapi dia selalu ada untuk kami.

Susah macam mana sekali pun, dia tetap akan utamakan family dulu. Untuk aku sendiri, aku selalu cuba untuk muhasabah diri untuk selalu menjadi anak yang baik, yang boleh ganti sinar kebahagiaan yang hilang dalam family aku ni.

InsyaAllah, setiap perkara Allah dah atur cantik dah dalam hidup kita. Mungkin ini pelajaran hidup yang Allah berikan kepada aku supaya aku bersedia sebelum aku ada family aku sendiri. Semua ada hikmahnya, insyaAllah.

Jadi, aku hentikan confession aku sampai di sini. Sebak pula malam – malam ni. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ini. Aku doakan semoga kalian sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Amin. – Zhaf

Baca Lagi:
Laku keras jualan di TikTok, ‘pak lebai’ raih pendapatan ribuan ringgit sebulan
Nak beli buah dan sayur, “check” dulu ada logo ni, comfirm selamat dan berkualiti
Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada ‘contest auto’
CATEGORIES