Sah ke tidak puasa kalau tak sempat mandi wajib? ini jawapan lengkap Ustaz Azhar Idrus

3d6215e0 b3fa 4d1b 822e ecc3b014cfb8

Sah ke tidak puasa kalau tak sempat mandi wajib? ini jawapan lengkap Ustaz Azhar Idrus.

Umumnya mengetahui sekarang umat Islam sedang menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan netizen adakah puasa seseorang itu dikira sah walaupun dia belum mandi wajib.

Susulan daripada itu pendakwah terkenal berasal dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.

Apakah hukumnya?

Menerusi soalan yang diterima bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukum puasa jika seseorang itu tidak mandi wajib sebelum masuk waktu Imsak. Ujar ustaz, puasa tersebut dikira sah bagi perempuan jika darah haidnya berhenti sebelum waktu Subuh.

Perempuan yang berhenti haid sebelum masuk waktu Subuh pukul 6 pagi, haidnya berhenti 5.59 dan tak sempat nak mandi masuk waktu Subuh dulu. Sah puasa dia. Syarat sah puasa tidak mesti mandi wajib dahulu, tapi mesti kering darah dahulu dari masuk waktu Subuh.

Tapi, jika ia hadas Janabah keluar mani atau hadas Jimak maka tidak ada masalah. Malamnya bersama suami isteri, pasangan tersebut perlu mandi sebelum menunaikan waktu solat Subuh. Hadas Junub tidak ‘merosakkan’ puasa yang merosakkan puasa adalah haid dan nifas.

Walaupun terkeluar air mani ketika di siang hari, puasa tersebut dikira masih sah dan seseorang itu perlu mandi bagi menunaikan solat Zohor mahupun Asar.

BAGI mereka yang berhadas besar, perlu mandi wajib untuk berpuasa, apatah lagi jika mahu menunaikan solat.

Namun, bagaimana jika seseorang itu mandi wajib selepas azan Subuh? Sah ke puasanya?

Dalam hal itu, mandi hadas (mandi wajib) perlu disegerakan kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melambat-lambatkan mandi wajib sehingga terlepas waktu solat.

Walaupun demikian, puasa seseorang yang mandi hadas besar selepas waktu Subuh ialah sah.

Namun, jika individu sengaja melambat-lambatkan sehingga luput waktu solat subuh, maka dia berdosa.

Ada dua kesalahan yang dilakukan iaitu sengaja melambatkan mandi hadas dan tidak solat subuh.

Pada asasnya, mandi hadas tidak termasuk dalam syarat sah puasa.

Syarat sah puasa ialah Islam, baligh, suci daripada haid dan nifas serta dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Bagi wanita yang datang haid atau nifas, maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid atau nifas.

Sekiranya haid atau nifas datang pada waktu siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu.

Jika wanita itu bersih daripada haid atau nifas pada waktu malam, wajib ke atasnya berpuasa keesokannya, sekalipun dia belum sempat mandi hadas (mandi wajib).

Kesimpulannya, sah puasa walaupun mandi wajib dilakukan selepas waktu subuh.

Meskipun, sah puasa kita, janganlah kita memandang remeh hal itu kerana ia berkaitan soal ibadah kita.

Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Baca Lagi:

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

[VIDEO] Isteri terjatuh motosikal setelah suami teruja bantu mangsa kemalangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *