Awas! Individu bawa rokok sebelum jam 2 petang bakal ‘ditazkirah’

1649332

Awas! Individu bawa rokok sebelum jam 2 petang bakal ‘ditazkirah’.

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan mengeluarkan notis kepada mana-mana individu yang didapati membawa atau terbawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, Datuk Che Shukri Che Mat, berkata, pendekatan itu diambil selepas Operasi Plastik Hitam Bersendawa yang dilaksanakan pada hari pertama Ramadan mencatatkan dua kes individu membawa rokok pada siang hari.

Menurutnya, dua individu warga emas yang ditemui di lokasi berbeza itu memberikan alasan terbawa rokok kerana memakai seluar yang sama malam tadi.

Katanya, mereka yang diberikan notis akan diminta ke pejabat dan diberikan nasihat supaya perbuatan itu tidak berulang dan mempengaruhi orang lain.

“Ketika diperiksa, memang individu berkenaan beritahu tidak menghisap rokok tetapi ada bau, logik ke kalau bau rokok malam tadi masih tak hilang.

1649333

“Kita bukan nak saman tetapi pendekatan itu diambil supaya perbuatan tidak diulang.

KIta pun tidaklah sampai nak mandikan mereka seperti jenazah kerana tiada bukti lagi mereka bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi dijalankan di sekitar daerah Melaka Tengah, Klebang di sini pada Ahad.

1649334

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengguna rokok elektrik seperti vape juga akan berdepan kompaun denda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama sekiranya didapati menggunakan peralatan itu pada siang hari tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie.

“Selain makan dan minum dengan sengaja, menghisap sebarang tembakau atau seumpamanya juga akan berdepan tindakan tegas di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Baca Lagi:

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

Yasin tidak patut dipenjara, hukum gantung – Wardina

Sah ke tidak puasa kalau tak sempat mandi wajib? ini jawapan lengkap Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *