Rupanya ini lelaki ‘bijak’ yang dimaksudkan TMJ di Instagram

Rupanya ini lelaki ‘bijak’ yang dimaksudkan TMJ di Instagram

Rupanya ini lelaki ‘bijak’ yang dimaksudkan TMJ di Instagram. Bukan senang mencari pemilik bola sepak yang bukan saja berduit tetapi bijak menguruskannya. Justeru, tidak hairanlah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkongsi kisah tentang pemilik merangkap Presiden Inter Milan, Steven Zhang.

Dalam perkongsiannya di Instagram, TMJ menyifatkan Steven Zhang sebagai seorang yang bijak. Ini kerana sebaik dilantik oleh bapanya, Zhang Jindong sebagai presiden kelab pada 2018, beliau sudah mengenalpasti apa masalah yang perlu diselesaikan sebagai pemilik.

Zhang yang mewakili Suning Holdings sebagai pemilik majoriti Nerazzurri bertindak melangsaikan semua hutang kelab pada hari pertamanya sebagai presiden. Dan paling penting, tidak seperti sesetengah pemilik yang suka campur tangan dalam urusan pasukan, beliau memilih menyerahkan hal tersebut kepada orang yang lebih ahli.

Rupanya ini lelaki 'bijak' yang dimaksudkan TMJ di Instagram

Ini dibuktikan menerusi perlantikan legenda kelab dari Argentina, Javier Zanetti sebagai naib presiden Inter. Dengan meletakkan pertahanan legenda itu sebagai sebahagian daripada pentadbir kelab, Zhang percaya Zanetti mampu membuat keputusan yang memberi manfaat kepada Inter Milan.

Selain itu, Zhang juga berjaya menyambar arkitek di sebalik tabir kejayaan Juventus, Giuseppe Marotta sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nerazzurri. Namanya menjadi sebutan kerana kebijaksanaannya menyambar pemain berbakat secara percuma atau yuran perpindahan pada kadar yang berpatutan.

Antara pemain yang berjaya disambar La Vecchia Signora semasa Marotta bergelar pengurus besar dan CEO mereka ketika itu ialah Paul Pogba, Andrea Pirlo, Arturo Vidal dan Claudio Marchisio. Semasa era ini, Juve menggondol gelaran Serie A dari 2012-2013 hinggalah 2019-2020.

Sejak itu, resepi sama turut digunakan Inter apabila Marotta menyertai Nerazzurri pada Disember 2018. Antara pemain yang dibawa masuk menggunakan strategi ini ialah Hakan Calhanoglu, Christian Eriksen, Edin Dzeko dan Andre Onana.

Rupanya ini lelaki 'bijak' yang dimaksudkan TMJ di Instagram

Zhang bersama para eksekutif dan pentadbir Inter termasuk Zanetti dan Marotta semasa menjulang Coppa Italia beberapa hari lepas. Sumber: Instagram/stevenzhang91
Di bawah pemantauan Zanetti dan Marotta, kelab mengakhiri kemarau Serie A pada musim 2020-2021. Dan musim ini, Inter menjulang Coppa Italia dan berpeluang menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila mara ke final selepas menewaskan musuh setempat, A.C. Milan di peringkat separuh akhir.

Era Zhang juga turut menyaksikan nilai kelab naik sebanyak 41% kepada €692 juta (RM3.4 bilion) pada 2019. Dengan kejayaan mara ke final UCL musim ini, Inter juga tidak berdepan keperluan menjual pemain bagi mematuhi Peraturan Fair Play Kewangan UEFA (FFP) – hakikat yang kini didepani kelab lama Marotta, Juventus.

Atas sebab itulah, apabila melihat pelbagai pencapaian yang diraih Zhang bersama Inter, Tunku Ismail hanya menulis ini, “Kalau ada duit, takde otak tak guna juga. Ini contoh bukti ada duit dan ada kepala otak.”

Baca Lagi:
Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung
Pesawat Russian Knights ditunggu-tunggu orang ramai di LIMA ’23, ini sebabnya
Nombor plat termahal RM638,000 ‘FF2’ diguna pada kereta Bezza, netizen mula siasat siapa sebenarnya wanita tepi pintu kereta
CATEGORIES