Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung

Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung

Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung. Ribuan udang kecil dilaporkan naik ke daratan di Kabuten Gorontolo Utara, Gorontolo Selasa lalu, lapor Detik.com.

Difahamkan, ia kali pertama dilaporkan berlaku di Desa Buladu, Kecamatan Sumalata Timur, Gorontalo Utara sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu nyata mengejutkan penduduk kampung sekitar.

Menurut Ketua Kampung Sumalata Timur, Ayis Yusuf, dia turut mengesahkan kejadian yang berlaku di kawasan itu.

Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung

“Ya, fenomena itu berlaku di kawasan saya di Kampung Buladu. Banyak udang kecil yang naik ke darat. Penemuan ribuan udang itu dimaklumkan oleh penduduk kampung. Ia juga masuk sehingga ke halaman rumah penduduk kampung.
“Fenomena itu mengejutkan penduduk kampung. Tambahan lagi, kejadian udang naik ke darat kali pertama dilaporkan berlaku di sini,” katanya.

Dikongsikan Oleh Pengguna Media Sosial

Sementara itu dalam video yang dimuat naik oleh seorang netizen, Kahar Mantulangi di Facebook menunjukkan fenomena pelik itu.

Menerusi dua klip video, ribuan udang “berarak” dalam kuantiti yang tidak terbilang di atas tanah dan rumput. Lebih mengejutkan, udang kecil itu memenuhi piring yang diletakkan oleh lelaki terbabit.

Untuk makluman, hantaran itu telah mendapat lebih, 11,000 perkongsian di media sosial dengan ruangan komen dibanjiri oleh netizen.

Hujan Ikan Keli Atas Jalan

Sebelum ini, tular kejadian ikan keli bergelimpangan di atas jalan raya di Jawa Tengah, Indoesia, lapor Tribun video.

Difahamkan, fenomena itu berlaku akibat impak kemalangan sebuah trak yang membawa muatan ikan berkenaan.

Dalam klip video tular memaparkan ikan keli yang masih lagi hidup kelihatan bergerak-gerak di atas jalan raya.

Kemalangan trak itu telah menarik perhatian penduduk kampung yang turut berada di sekitar kawasan berkenaan. Kehadiran penduduk nyata memberi seribu satu kelegaan apabila membantu dalam mengalihkan ikan itu dari atas jalan raya.

Kebanyakan penduduk menggunakan bakul bagi mengutip ikan yang memenuhi atas jalan itu.

Baca Lagi:
Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat – Menteri
Selamba Azhar Sulaiman makan di kedai cina, status halal jadi bualan ramai
Automatik bolah jadi kaya siapa masih simpan duit kertas RM1 lama
CATEGORIES