Remaja 19 tahun cucuk mata buaya guna jari, akhirnya ini yang jadi

Remaja 19 tahun cucuk mata buaya guna jari, akhirnya ini yang jadi

Remaja 19 tahun cucuk mata buaya guna jari, akhirnya ini yang jadi. Seorang remaja lelaki berjaya melepaskan diri daripada gigitan seekor buaya apabila mencucuk mata reptilia ganas itu menggunakan jarinya dalam kejadian di Groote Eylandt di wilayah utara Australia (NT), semalam.

Ketika kejadian, Zefha Butcher, 19, sedang memancing bersama keluarganya apabila buaya air masin sepanjang 5.4 meter itu menerkam lalu cuba menariknya ke dalam air.

Bercakap kepada News Corp Australia hari ini, Zefha berkata, buaya itu sangat besar dan ketika kejadian reptilia berkenaan menyerang bahagian kakinya.

Remaja 19 tahun cucuk mata buaya guna jari, akhirnya ini yang jadi

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai saiz badan yang agak besar menyebabkan buaya itu sukar untuk membaham.
“Keadaan ketika kejadian sangat sukar ibarat seperti dilanggar kereta. Haiwan itu kemudian membaham sehingga pinggang sebelum cuba untuk membunuh saya.
“Saya cuba beberapa kali sehingga berjaya mencucuk mata buaya itu menggunakan ibu jari menyebabkannya melepaskan saya,” katanya.

Sejurus selepas kejadian, Zefha dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat gigitan buaya di bahagian kaki dan tangannya di sebuah hospital berhampiran yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Buaya itu kemudian ditangkap dan dibunuh oleh renjer, selain dikenal pasti turut melakukan beberapa serangan ke atas anjing di kawasan berkenaan pada awal bulan ini.

Terdapat kira-kira 200,000 buaya air masin dewasa di Australia dan habitat separuh daripada angka itu terletak di NT.

Baca Lagi:
Ribuan udang kecil naik ke darat jadi tanda tanya penduduk kampung
“Berasal dari rumah ibu bapa tunggal”, akhirnya terdedah wanita yang bid nombor plat ‘FF9’ bernilai RM909,999
Nombor plat termahal RM638,000 ‘FF2’ diguna pada kereta Bezza, netizen mula siasat siapa sebenarnya wanita tepi pintu kereta
CATEGORIES