Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri

Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri

Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri. Tuah ayam di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Satu video tular dipercayai di Amerika Syarikat menunjukkan seorang wanita menemukan sebuah sofa lusuh di tepi jalan bernilai hampir 8,000 dolar Amerika Syarikat (RM36,560).

Menyedari mendapat durian runtuh, wanita berkenaan membawa pulang sofa itu untuk dipulihkan.

Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri

Setelah setiap inci sofa itu dibersihkan dengan pelbagai kaedah, wanita itu meletakkan perabot tersebut di ruang tamu untuk menyerikan kediamannya.

Kini timbul persoalan dalam kalangan warga maya tentang mengapa pendekatan sebegitu tidak diamalkan di Malaysia walhal lambakan perabot lama juga boleh didapati di tempat pembuangan sampah.

Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri

“Di Malaysia, kita tak ambil perabot lama yang dibuang sebab….” kata seorang lelaki berteka-teki dengan warga maya.

Mungkin kerana mitologi yang sudah terpahat dalam cerita rakyat, kebanyakan maklum balas warga maya mengaitkannya dengan unsur mistik.

“Buruk padah bawa balik barang yang tidak tahu asal-usulnya. Ini kisah saya, saya pernah bawa balik mesin basuh lama waktu saya duduk kolej dulu.
“Kami tak pasangkan pun mesin basuh tu ke dengan soket elektrik, tapi setiap kali pukul 3 pagi, mesin basuh tu akan berbunyi.
“Hantu pun basuh baju, patutlah baju mereka selalu warna putih,” ujar seorang warga maya.

Menyokong pandangan sama, warga maya lain juga mengatakan setiap barangan terpakai berisiko mempunyai ‘penunggu’.

“Barang dibuang ada kemungkinan disumpah, atau pernah jadi tempat pembunuhan, tak boleh sembarangan bawa balik, tahu-tahu je rumah kita dah berhantu.

“Nanti ada kelibat pontianak dan pocong dalam rumah. Mahal dan cantik macam mana pun tak akan dibawa balik.

“Kena paling berhati-hati dengan meja solek yang ada cermin,” kata warga maya.

Selain itu ada juga berpendapat punca masyarakat Malaysia kurang berminat dengan barangan lama adalah serangan serangga pepijat.

“Ia sama ada hantu atau pepijat je. Satu rumah kena gigit nanti. Dah payah, semua tilam dan sofa kena jangkit sekali.

Di luar negara berebut orang ambil perabot buangan, tapi di Malaysia lain pula cerita, ada yang ambil mesin basuh lama setiap jam 3 pagi dia berbunyi sendiri

“Tapi jangan risau, ada pakej cuci sofa untuk buang pepijat. Mereka guna wap dan air panas. Kemudian guna penyedut hampagas dan sental. Lepas tu jemur lama bawah matahari dan pengering.

“Memang hilang terus semua pepijat tu,” kata warga maya.

Ada juga warga maya yang mengatakan perabot di Malaysia tidak boleh digunakan semula kerana ia kerap ‘dihenyak’ sehingga lunyai.

“Sebab dekat Malaysia kita pakai sampai hancur. Kalau dekat negara Barat, mereka selalu tinggalkan dekat luar dalam keadaan baik untuk kelestarian alam.

“Boleh digunakan semula kalau ada siapa yang nak, tak terus ke tempat pembuangan sampah,” katanya.

Baca Lagi:
Netizen terkejut pekerja bangla ini dedah cara macam mana dia boleh simpan duit hampir RM1 juta semasa kerja di Malaysia
Jalan jem bertambah lagi jem, pemandu lori tidur nyenyak mulut terbuka
Hanya jual kerbau gergasi bernilai RM6.5 juta, lelaki ini auto jadi jutawan
CATEGORIES