Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat

Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat

Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat. Hujan lebat turun selepas penduduk Kampung Pesagi, Chenor di daerah Maran, Pahang menunaikan solat sunat istisqa’ semalam.

Video keadaan hujan lebat itu dikongsi oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin melalui TikTok semalam.

“Subhanallah, solat sunat istisqa’ diimamkan oleh tuan kadi daerah Maran sebentar tadi dan selepas solat, hujan turun dengan lebat di sekitar Kampung Pesagi.

Subhanallah, penduduk solat sunat istisqa’ selesai solat hujan turun dengan lebat

“Alhamdulillah Allahuakbar, semoga ini menamatkan kemarau di tempat kita,” katanya dalam video tersebut.

Orang ramai turut bersyukur apabila doa penduduk dimakbulkan oleh Allah dengan hujan lebat tersebut.

“Alhamdulillah ada orang-orang yang doanya dimakbulkan dalam solat berjemaah itu,” komen pengguna TikTok.

“Apabila kita berdoa kepada Allah, tiada yang mustahil. Allah segera mengabulkan doa dan hajat umat-Nya yang meminta pertolongan,” kata seorang lagi pengguna.

“Alhamdulillah, Allah sentiasa mendengar. Kadang-kadang rasa ingin menangis bila mendengar doa orang yang baik-baik dijawab oleh Allah. Semoga doa kita untuk saudara-saudara yang teraniaya di sana juga dimakbulkan oleh Allah,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

@datoha57 Hujan turun dengan lebat di kampung Pesagi dan sekitar Chenor sebaik selesai Solat Sunat Istisqa #inspirasidsss #aurapositif❤️❤️ #tokhaandersokmo #fyp ♬ original sound – DSSCHA

Baca Lagi:
Aku sedang mengandung anak ke 4, tiba-tiba suami cakap aku ni dah tak ada rasa sebab dah jatuh cinta dekat perempuan lain
“Kau tahu tak dia ni laki orang, aku ni bini dia”- Tular video Isteri kejar suami dengan skandal di bazar raya raih perhatian ramai
Anak kecil menangis setiap kali tengok pintu tandas terbuka, komen netizen buat ramai meremang
CATEGORIES