2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100

2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100

2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100. Dua pelajar tahfiz meluahkan kekecewaan mereka selepas hanya menerima saguhati sebanyak RM100 setiap satu untuk menjalankan tugas sebagai imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Rozaimi Kamaruddin, yang memuat naik perkongsian tersebut setelah mendengar kisah itu daripada anaknya yang juga merupakan rakan sekelas pelajar tahfiz tersebut.

“Anak balik dari madrasah menceritakan bahawa kawannya telah dijemput menjadi imam untuk solat terawih 20 rakaat selama 27 hari dan hanya diberikan saguhati sebanyak RM100. Lebih menyayat hati apabila semua rakan yang lain menerima saguhati sehingga beribu-ribu ringgit.
2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100

Gambar hiasan

“Allahu, sungguh sedih hati ini. Saya menangis. Dia kata, ‘koyak’ sangat juga kawan dia itu, ya, memang kan, dia masih budak lagi. Bukanlah bermaksud untuk menyalahkan atau mengkritik sesiapa pun, tapi mari lah. Kita bayar ribu-ribu untuk badut belon semasa hari jadi anak, ini pula pelajar tahfiz.
“Hampir sebulan mereka menyumbangkan tenaga dan masa, sedikit ke upahnya? Janganlah cakap tentang keikhlasan atau apa pun, budak itu boleh guna ikhlas untuk membayar yuran pengajian dia kan? Tak mengapa lah adik, orang tak bagi sekejap, pakcik akan ‘adjust’.”

Perkongsian itu menerima respons daripada pengguna Facebook lain yang tidak bersetuju dengan saguhati RM100 itu, serta ada yang ingin memberikan sumbangan.

“Allahu, kasihan kepada anak tahfiz itu. Tuan boleh membantu? Jika ada nombor akaun, kami ingin membantu anak tersebut,” kata Sarah Adnan.

“Mengapa pihak masjid ingin menafikan hak anak tahfiz itu? Padahal dia memerlukan bayaran yang sepatutnya,” kata Adzly.

Pada masa yang sama, Rozaimi mengajak pengguna Facebook lain untuk menyumbang kepada pelajar tahfiz tersebut sehingga pukul 9 malam tadi.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, ‘posting’ ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak. Kami hanya merasa sedih dengan kekecewaan pelajar tahfiz yang sedikit sebanyak mengharapkan elaun mereka, tetapi hanya menerima RM100.

“Banyak orang telah menghantar mesej untuk menyumbang, terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan. Kami akan menghentikan pengumpulan sumbangan pada pukul 9 malam ini dan malam ini juga saya akan memberitahu pelajar yang berkaitan,” katanya.

Melalui hantaran seterusnya, Rozaimi menyatakan bahawa sejumlah RM5,600 telah berjaya dikumpulkan sebagai sumbangan untuk dua pelajar tahfiz yang terlibat.

2 pelajar tahfiz jadi imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari hanya dapat RM100

Kini, beliau mengumumkan bahawa sebanyak RM2,800 telah disampaikan kepada pelajar tahfiz yang terlibat melalui akaun ibu mereka.

Selain itu, beliau juga menggesa orang ramai untuk tidak menyerang surau berkenaan dan hanya mengambil ianya sebagai pengajaran untuk semua. Beliau pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang ikhlas memberikan wang untuk pelajar tahfiz tersebut.

Baca Lagi:
Aku sedang mengandung anak ke 4, tiba-tiba suami cakap aku ni dah tak ada rasa sebab dah jatuh cinta dekat perempuan lain
“Kau tahu tak dia ni laki orang, aku ni bini dia”- Tular video Isteri kejar suami dengan skandal di bazar raya raih perhatian ramai
“Aku paling seram pasal duit raya, aku terpaksa ‘standby’ RM50 seorang untuk 10 anak buah, kalau bagi sikit kena perli”
CATEGORIES