Puteri Sarah dedah dipukul depan hakim setelah Syamsul enggan cerai

Puteri Sarah dedah dipukul depan hakim setelah Syamsul enggan cerai

Puteri Sarah dedah dipukul depan hakim setelah Syamsul enggan cerai. Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hari ini mendedahkan dirinya telah dipukul suaminya, Syamsul Yusuf, tiga tahun lalu.

Insiden tersebut menyebabkan wanita terbabit keluar dari rumah pada 2020.

Perkara tersebut ditimbulkan pada sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Puteri Sarah dedah dipukul depan hakim setelah Syamsul enggan cerai

Terdahulu, peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili Syamsul memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya enggan melepaskan Puteri Sarah Liyana kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.

Sehuhungan itu, Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pihak-pihak melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk mencari jalan penyelesaian.

Pada 16 Januari lalu, Sarah Liyana memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah di sini atas alasan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan Syam­sul kerana sudah tidak ada persefahaman antara mereka selain telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.

Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Baca Juga : 
Lelaki dan isteri orang mengaku berzina dirotan 100 kali
Guan Eng dedah pernah diugut pecat 3 kali dengan Tun M semasa jadi Menteri Kewangan
Sultan Selangor puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT, konsep negara sekular
CATEGORIES