“Terpaling lesen besar”, tayang jaket polis parkir berlapis undang kemarahan orang awam

“Terpaling lesen besar”, tayang jaket polis parkir berlapis undang kemarahan orang awam

“Terpaling lesen besar”, tayang jaket polis parkir berlapis undang kemarahan orang awam. Kecoh di media sosial apabila sebuah kereta yang didakwa milik anggota polis telah meletakkan ‘double parking’ (parkir berlapis) di sebuah kawasan rekreasi.

Menerusi perkongsian Hanake Shimizu di akaun Facebooknya, kereta berkenaan telah mengakibatkan kesesakan yang teruk kepada pengguna lain.

Tambah pula, tiada sebarang nombor telefon yang ditinggalkan, cuma yang ada hanyalah jaket polis di bahagian ‘dashboard’ kereta.

"Terpaling lesen besar", tayang jaket polis parkir berlapis undang kemarahan orang awam

“Ingin beriadah lepas itu ‘double park’ tengah jalan sampai jadi sesak teruk. Tidak tinggal nombor telefon tetapi letak ‘vest’ polis,” tulis pengguna tersebut.

Setakat ini hantarannya telah mendapat 2,900 tanda suka, 1,100 komen dan 453 perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai mengecam tindakan pemilik kenderaan yang kononnya seorang anggota polis kerana tidak bertanggungjawab kepada pengguna jalan raya lain.

“Jadi kalau letak jaket polis di ‘dashboard’ bolehlah letak kereta merata-rata?,” komen Muhammad.

“Awak sebagai orang atasan ini kena tunjuk contoh kepada masyarakat bukannya berkelakuan sebegitu,” komen Ilham.

“Ini mesti polis bantuan. Tak pun konstabel baru keluar rekrut bulan lepas. Jarang anggota lama atau pegawai perangai tayang ‘vest’ depan cermin macam ini,” komen pengguna yang lain pula.

Baca Lagi:
Sultan Selangor puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT, konsep negara sekular
Khabar angin Erra Fazira dah menikah dengan lelaki bertaraf jutawan
Tersentuh hati “Makcik” pakai maskot demi mencari rezeki yang halal di ibu kota
CATEGORIES