Lelaki dan isteri orang mengaku berzina dirotan 100 kali

Lelaki dan isteri orang mengaku berzina dirotan 100 kali

Lelaki dan isteri orang mengaku berzina dirotan 100 kali. Seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita berumur 29 tahun masing-masing dirotan 100 kali hari ini setelah mereka didapati bersalah melakukan zina oleh Majlis Hakim Syariah Langsa, Aceh, lapor laman berita Serambinews.com.

Majlis tersebut memutuskan pasangan itu bersalah pada 21 Februari lalu dan pelaksanaan hukuman turut disaksikan oleh hakim pengawas dari Mahkamah Syariah Langsa, perwakilan pemerintah Langsa dan Kejaksaan Wilayah Aceh.

Hukuman rotan itu dilakukan di Tribun Lapangan Merdeka Langsa.

Lelaki dan isteri orang mengaku berzina dirotan 100 kali

Wanita itu merupakan seorang ibu di Kota Langsa dan mengaku melakukan zina dengan lelaki tersebut yang berasal dari Aceh Timur di rumah perempuan tersebut di Gampong Alue Dua, MukimLangsa Baro, Kota Langsa manakala ketika kejadian, suaminya sedang bertugas di luar kota tersebut.

Majlis Hakim yang diketuai Ketuanya, Said Nurul Hadi menyatakan, lelaki dan wanita itu telah terbukti bersalah melakukan zina selepas mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

Setelah melakukan perzinaan, lelaki dan wanita berkenaan duduk di ruang tamu untuk bersembang, menyebabkan warga kampung tersebut datang ke rumah itu dan mencurigai perbuatan mereka.

Akhirnya, pasangan tersebut mengaku melakukan perzinaan, menyebabkan mereka diserahkan kepada pihak berwajib oleh penduduk kampung untuk proses jatuh hukum.

Baca Lagi:
Sultan Selangor puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT, konsep negara sekular
5 cara buat duit 7 angka di TikTok tanpa perlu ada produk sendiri
Kisah suami isteri kira duit depan kedai nak beli baju anak, bila nak bayar terkejut cashier cakap macam ni
CATEGORIES