Pertama kali tengok muka Siti Nurhaliza tanpa mekap, macam budak sekolah. Sejak kebelakangan ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerap meluangkan masa bersama peminat menerusi sesi siaran langsung di media sosial miliknya.
Berikutan itu, ramai warganet terutama peminat Sitizoners turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.
Siti Nurhaliza bersiaran langsung tanpa calitan solekan
Bagaimanapun, penampilan wajah pelatun lagu Biarlah Rahsia itu menjadi perhatian ramai apabila tampil tanpa calitan solekan sewaktu sesi siaran langsung, baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna @m.s.zone, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu menjawab persoalan daripada warganet apabila mereka seakan tidak percaya melihat seorang wanita menyerupai selebriti kegemaran mereka.
โIni memang betul Mak Iti (Siti Nurhaliza) ke? Agak-agak? Ini Mak Iti tanpa mekap lah.
โMuka akak macam Siti Nurhaliza lah, hmm.. muka Siti Nurhaliza macam akak lah,โjawabnya ketika ditanya netizen.
@m.s.zone #sitiaafiyah #fyp #foryourpage โฌ original sound – ๐ธ๐พ ๐ ๐๐๐
Nampak macam budak-budak kalau tak mekap
Bukan setakat warganet yang mengikuti sesi siaran langsung, malah ramai juga seakan tidak percaya melihat wajah Siti Nurhaliza sebenar tanpa sebarang calitan solekan pada wajahnya.
Mereka mengatakan wajah Siti atau mesra disapa Tokti atau Mak Iti seperti budak-budak masih berada di bangku persekolahan walaupun usianya kini sudah 45 tahun.
Tak mekap pun comel..