Selepas 26 tahun, Presiden Jerman datang kembali melawat Malaysia

Selepas 26 tahun, Presiden Jerman datang kembali melawat Malaysia

Selepas 26 tahun, Presiden Jerman datang kembali melawat Malaysia. Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier akan memulakan Lawatan Negara tiga hari (16-18 Feb) ke Malaysia hari ini, sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan Steinmeier itu, akan memberikan peluang terbaik kepada Malaysia dan Jerman untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua negara.

“Lawatan Negara ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Berlin dan menyediakan satu asas kukuh untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi,” menurut kenyataan Wisma Putra hari ini sempena lawatan tersebut.

Selepas 26 tahun, Presiden Jerman datang kembali melawat Malaysia

Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai pendapatan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 10.9 peratus berjumlah RM59.87 bilion berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021.

Lawatan Steinmeier dan isteri Elke Budenbender, akan diiringi oleh pegawai kanan, ahli perniagaan dan media.

Kenyataan Wisma Putra itu memaklumkan pada lawatan itu, Steinmeier dan delegasinya dijangka akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang dan Sarawak.

Lawatan Negara terakhir presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas, iaitu pada April 1997.

Steinmeier akan diberikan Sambutan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di perkarangan Parlimen, esok (17 Feb).

Selepas majlis itu, Steinmeier dijangka menerima kunjungan hormat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, dengan kedua-dua pemimpin itu dijangka akan membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Sejurus itu, Steinmeier dijadual untuk mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, diikuti Majlis Santapan Negara bagi meraikan presiden Jerman itu dan delegasinya

Baca Lagi:
Bekas penjaga gol Terengganu tak menyesal ‘melawan’ nasihat jurulatih, kini seronok jual sayur
Pertama kali tengok muka Siti Nurhaliza tanpa mekap, macam budak sekolah
Netizen pelik macam mana Najib dapat akses internet di penjara?, rancak update isu semasa
CATEGORIES