Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024

Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024

Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024. Selain mempunyai keindahan alam yang menakjubkan, Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bilionair yang menerajui ekonomi negara di pelbagai bidang.

Kekayaan mereka merangkumi pelbagai aset seperti hartanah, wang tunai, perniagaan, dan harta peribadi. Siapa sangka, kini Malaysia berjaya menduduki tempat ke-25 dalam carta bilionair terbanyak mengikut negara pada tahun 2024.

Dalam kajian terkini, Malaysia menduduki tempat ke-25 dengan jumlah keseluruhan individu bergelar bilionair sebanyak 18 orang. Sementara di belakang kita diikuti dengan Filipina dengan 16 bilionair yang menduduki tangga ke-26 dalam carta.

Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024

Manakala, Mexico memegang tempat ke-24 dengan jumlah 22 bilionair.

Negara jiran terdekat kita pula seperti Singapura berada di hadapan pada tangga ke-17 dengan jumlah bilionair sebanyak 39 orang, diikuti oleh Indonesia di belakang pada tangga ke-20 dengan 35 bilionair di negara itu.

China berjaya mendahului di kalangan semua negara Asia Tenggara, dengan memperoleh kedudukan ke-2 dalam senarai dengan jumlah cukup mengagumkan iaitu 406 bilionair dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah $1.3 trilion.

Di tempat ke-3 pula jatuh kepada India dengan jumlah 200 bilionair yang mempunyai kekayaan gabungannya berjumlah $954 bilion, menunjukkan peningkatan lebih 40% daripada tahun sebelumnya.

Semenjak Anwar Ibrahim jadi PM, negara Malaysia duduki tempat ke-25 negara yang paling banyak billionair di dunia tahun 2024

Menurut Forbes, Amerika Syarikat mendahului di dunia dalam bilangan bilionair terbanyak dengan 813 orang yang secara kolektif memegang $5.7 trilion, sekaligus mencipta rekod baru.

Dalam pada itu, Forbes turut berkongsi senarai bilionair terkaya di Malaysia untuk tahun 2024.

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga
Baca Lagi:
Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan
“Lelaki dah tak selamat di Malaysia”
Cendawan paling mahal di dunia, harga cecah RM5,000 sekilo
CATEGORIES