Saintis ramal hari kiamat, ini tarikhnya buat ramai tak sangka

Saintis ramal hari kiamat, ini tarikhnya buat ramai tak sangka

Saintis ramal hari kiamat, ini tarikhnya buat ramai tak sangka. Satu kajian baru telah meramalkan bahawa spesies manusia akan pupus dalam masa 250 juta tahun lagi, dan jauh lebih awal sekiranya aktiviti pembakaran bahan api fosil tidak diperlahankan, lapor portal berita MailOnline.

Kajian yang berdasarkan simulasi komputer oleh pasukan saintis Universiti Bristol itu menyatakan bahawa Bumi menghadapi kepupusan sejagat yang akan memusnahkan semua hidupan mamalia.

Sekiranya ada hidupan di muka Bumi pada masa itu, ia perlu menyesuaikan diri dengan suhu antara 40 darjah Celsius hingga 70 darjah Celsius, kata mereka.

Saintis ramal hari kiamat, ini tarikhnya buat ramai tak sangka

“Paras karbon dioksida juga dijangka meningkat dua kali ganda berbanding sekarang. Manusia bersama spesies mamalia lain akan pupus disebabkan ketidakupayaan untuk mengeluarkan haba melalui peluh bagi menyejukkan badan,” kata penyelidik kanan dan ketua kajian tersebut, Dr. Alexander Farnsworth.

Menurutnya, dalam masa 250 juta tahun lagi, semua benua di Bumi akan bersatu untuk membentuk sebuah benua ‘super’ yang dikenali sebagai Pangea Ultima.

Hasil kajian juga mendapati hanya sekitar lapan hingga 16 peratus daripada tanah di Bumi yang sesuai untuk didiami spesies mamalia pada masa itu, tetapi kebarangkalian besar bahawa semua spesies tersebut akan pupus.

“Hanya mamalia yang benar-benar unik berpotensi untuk terselamat,” jelas Farnsworth.

Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience pada Jumaat yang lalu.

Baca Lagi:
Leka main golf dengan 3 wanita, ahli perniagaan diculik, tuntut wang tebusan RM61.8 juta
“Lelaki dah tak selamat di Malaysia”
Cendawan paling mahal di dunia, harga cecah RM5,000 sekilo
CATEGORIES