‘Macam ayam serama’, burung merpati kaki panjang dada besar jadi bualan warganet

‘Macam ayam serama’, burung merpati kaki panjang dada besar jadi bualan warganet

‘Macam ayam serama’, burung merpati kaki panjang dada besar jadi bualan warganet. Tular di media sosial berkenaan sebuah video yang menunjukkan seekor burung ‘merpati mutan’ berkaki panjang.

Rakaman burung pelik itu dipercayai telah dirakam di United Kingdom dan dikongsikan oleh @pigeontv di TikTok pada bulan lalu. Keunikan bentuk tubuh badan burung itu telah membuatkan ramai pengguna media sosial kebingungan.

Dalam video tersebut, burung merpati itu dilihat mempunyai dada yang besar dan kaki panjang yang dipenuhi dengan bulu.

'Macam ayam serama', burung merpati kaki panjang dada besar jadi bualan warganet

Walau bagaimanapun, spesies itu bukanlah sesuatu yang pelik sebaliknya ia adalah merupakan burung merpati dari jenis Pouter Inggeris.

Sejak video itu disiarkan di TikTok, ia mendapat lebih daripada 18 juta tontonan dan puluhan ribu komen.

Klip itu kemudiannya dikongsi di akaun Twitter @MacrodosingPod di mana lebih ramai orang terpegun dengan burung yang berpenampilan aneh tersebut.

“Seperti jenis anjing peliharaan yang berbeza, merpati yang jinak juga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti merpati Pouter ini,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Merpati Pouter

Merpati Pouter Inggeris ialah baka peliharaan yang berasal dari UK dan terkenal dengan dadanya yang besar, kaki panjang yang berbulu.

Dalam video perkongsian berkenaan, burung itu dapat dilihat berjalan di atas sepanjang kayu dengan dada yang mengembang.

Ramai penonton yang melihat video itu seakan tidak mempercayai kewujudan burung merpati spesies tersebut.

“Saya fikir ini adalah AI atau sejenis simulasi,” tulis seorang netizen yang tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

“Saya menghadapi masalah untuk mengenal pasti sama ada haiwan ini dijana oleh AI, atau hanya ia sememangnya hidupan di alam semula jadi,” tulis seorang lagi netizen.

“Saya berjaya dapatkan Pokemon ini semalam,” tulis seorang lagi netizen yang bergurau.

Terdahulu, satu rakaman menunjukkan seekor burung tiba-tiba berhenti terbang mengundang pelbagai spekulasi daripada pengguna media sosial. Mereka mendakwa ia adalah kejadian luar biasa yang tidak dapat dijelaskan secara logik, lapor MSN.

Klip tersebut telah menjadi tular di media sosial, memaparkan burung itu kelihatan terapung tidak bergerak ketika berada di udara.

Pengguna media sosial yang memuat naik video di TikTok @bluefrenchhorn26 berkata klip pelik itu dirakam oleh teman lelaki anak perempuannya berhampiran Vancouver, Kanada.

“Seseorang tolong beritahu saya apa yang dirakam oleh teman lelaki anak saya ketika dia dalam perjalanan ke latihan penyelamat?” katanya.

@pigeonstv English Pouter pigeons #pigeonstv #pigeon ♬ original sound – Pigeons Tv

Baca Lagi:
“Baru 2 bulan kahwin, adik ipar kuat cemburu selalu bermanja dengan suami sampai ada sekali tidur sebelah suami”
Wanita nak cepat kaya tulis mantera atas duit kertas RM10, tak sangka ini yang ditulis
Bekas kapten skuad Harimau Malaya ditahan ceroboh bilik isteri orang
CATEGORIES