Suami isteri kongsi video anak dapat duit raya RM29,000

Suami isteri kongsi video anak dapat duit raya RM29,000

Suami isteri kongsi video anak dapat duit raya RM29,000. Sepasang suami isteri berkongsi klip video menunjukkan duit raya yang dikumpulkan oleh dua anak mereka berjumlah 100 juta rupiah (RM29,375), dilaporkan oleh portal berita Wolipop.

Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana mengusahakan perniagaan kosmetik di Indonesia terutamanya produk kecantikan jenama MS Glow.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Instagram, suami isteri itu memaparkan duit raya anak-anak mereka yang bukan sahaja diterima dalam denominasi rupiah, tetapi juga dalam dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.

Suami isteri kongsi video anak dapat duit raya RM29,000

Video tersebut turut memaparkan tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang menunjukkan anak pertama Shandy dan Gilang iaitu Felis mendapat duit raya berjumlah 33 juta rupiah (RM9,697).
Manakala, anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy kemudian berkongsi video lain yang menunjukkan dia membawa kedua-dua anaknya untuk menyimpan duit raya mereka di sebuah bank.

Menurutnya, jumlah keseluruhan duit raya pada tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Itu bukanlah duit raya, tetapi gaji saya selama lebih setahun,” kata seorang pengguna Instagram.

“Banyaknya duit raya anak orang. Anak saya hanya dapat 200,000 rupiah (RM58.75) pun sudah Alhamdulillah,” kata netizen lain.

Baca Lagi:
Senarai 6 adat Melayu yang bertentangan dengan Islam tapi masih diamalkan hingga sekarang
Cendawan paling mahal di dunia, harga cecah RM5,000 sekilo
Warga emas berpakaian lusuh kutip daun kering rupanya jutawan
CATEGORIES