Ramai pengguna Maybank panik tabung MAE ‘hilang’, wanita ini ajar cara dapatkan balik dan ‘withdrawl’ duit tabung MAE

Photo of author

By Joe

Ramai pengguna Maybank panik tabung MAE ‘hilang’, wanita ini ajar cara dapatkan balik dan ‘withdrawl’ duit tabung MAE. Tabung MAE merupakan salah satu ciri yang membantu pengguna Maybank untuk mengasingkan dan menyimpan wang secara digital.

Hari ini, pengguna ciri tersebut panik apabila mendapati tabung-tabung digital yang mereka simpan ‘hilang’ daripada aplikasi MAE.

Isu itu tersebar luas di aplikasi X.com apabila seorang gadis berkongsi tangkapan skrin servis Tabung MAE yang tidak dapat diakses.

Ramai pengguna Maybank panik tabung MAE 'hilang', wanita ini ajar cara dapatkan balik dan 'withdrawl' duit tabung MAE

Menurut gadis tersebut, dia telah menghubungi pihak bank dan pasukan IT sedang membuat semakan.

Menyelusuri respon-respon yang dikongsikan netizen, ramai berasa panik apabila menghadapi situasi tersebut.

Ini kerana mereka telah menggunakan servis itu untuk menyimpan wang untuk perkahwinan dan kegunaan kecemasan pada masa akan datang.

Ramai yang menghubungi pihak Maybank, menurut bank tersebut, hanya perkhidmatan Sejarah Transaksi (Transaction History) dan Tabung/Matlamat (Tabung/Goal) di MAE tidak tersedia buat masa ini.

Pihak Maybank juga memberikan jaminan perkhidmatan akan kembali pulih seperti biasa.

“Kami sedang berusaha untuk membaik pulih isu ini, dan ia akan kembali normal tidak lama lagi. Kami amat menghargai jika anda boleh mencuba semula dari semasa ke semasa. Kesabaran dan kerjasama anda amatlah dihargai,” petik hantaran X.com @MyMaybank.

Dalam pada itu ada warganet berkongsi cara mengeluarkan wang daripada Tabung MAE untuk dipindahkan ke akaun utama.

Menerusi hantaran X.com @mxdxhxx, pengguna boleh ‘mengakses’ tabung dengan mencari sejarah transaksi yang pernah dibuat sebelum ini.

  1. Klik butang loceng (notification)
  2. Cari sejarah transaksi Tabung MAE
  3. Kemudian tekan transaksi tersebut
  4. Apabila masuk ke paparan Tabung MAE, klik pada titik tiga di atas kanan skrin
  5. PilihWithdraw Fund
  6. Masukkan password MAE
  7. Kemudian pilih akaun utama untuk memasukkan duit daripada Tabung MAE yang ada pilih itu

Didapati sekiranya anda membawa keluar duit itu, anda akan menerima notifikasi Tabung itu dipadam.

Baca Lagi:
Patutlah makin ramai penyondol, ini ciri-ciri yang ada pada suami orang yang ramai tak tahu
Pelajar Malaysia yang ingin sambung belajar di Australia perlu tunjuk bukti ada simpanan RM100,000
YouTuber wanita Korea kongsi video detik-detik abang botak ajak β€˜check in’ hotel ketika datang melancong sendirian