Lelaki kecewa bakal mentua mungkir janji, sebelum ni bincang hantaran RM14k, lepas PMX umum kenaikan gaji, mereka naikkan hantaran jadi RM18k

Photo of author

By Joe

Lelaki kecewa bakal mentua mungkir janji, sebelum ni bincang hantaran RM14k, lepas PMX umum kenaikan gaji, mereka naikkan hantaran jadi RM18k. Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan bakal keluarga mentuanya kerana memungkiri janji tentang wang hantaran perkahwinan.

Menerusi perkongsian di Aplikasi X, lelaki yang berusia 31 tahun itu memberitahu bahawa dia dan tunangnya bakal mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang.

Jelasnya lagi, sebelum ini, kedua-dua keluarga sudah bersetuju untuk meletakkan jumlah hantaran sebanyak RM14,000 namun ibu bapa mentuanya secara tiba-tiba menaikkan jumlah tersebut selepas Perdana Menteri mengumumkan tentang kenaikan gaji bagi penjawat awam.

Lelaki kecewa bakal mentua mungkir janji, sebelum ni bincang hantaran RM14k, lepas PMX umum kenaikan gaji, mereka naikkan hantaran jadi RM18k

“Aku kerja sebagai penjawat awam. Dah bertunang dan bakal berkahwin pada Disember. Sebelum ni, bakal mentua minta hantaran RM14,000. Aku tunaikan. Lepas Perdana Menteri umumkan kenaikan, mentua minta hantaran naik jadi RM18,000.”

Dalam pada itu, lelaki ini akui tertekan dengan permintaan tersebut sehingga dia dan tunangnya kerap bergaduh disebabkan perkara itu.

“Rasa macam tak kemana dah hubungan ni.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatinya agar mengundur diri sekiranya dia tidak mampu menunaikan permintaan itu. Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan supaya kedua-dua keluarga duduk berbincang semula bagi menyelesaikan isu tersebut.

Baca Lagi:
“Dah setahun kahwin, suami tak pernah sentuh aku, sampai sekarang aku masih dara, rupanya…”
Patutlah makin ramai penyondol, ini ciri-ciri yang ada pada suami orang yang ramai tak tahu
Ada 1,050,000,000 unit saham ditawarkan, ini cara mohon saham 99 Speed Mart khas untuk Bumiputera