Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut. Beberapa hari ini umat Islam dikejutkan dengan kewujudan segelintir pihak yang menyambut Aidilfitri lebih awal. Kejadian ini bagaimanapun tidak berlaku di Malaysia tetapi di negara jiran, Indonesia.

Semuanya bermula selepas penduduk berdekatan Masjid Aolia di Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta bermula berpuasa awal 5 hari dari kalendar Hijrah dan telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 5 Mac 2024.

Memberikan penjelasan mengenai pilihan penduduk di situ untuk menyambut Aidilfitri lebih awal, Kiai Haji Raden Ibnu Hajar Sholeh Pranowo atau dikenali sebagai Mbah Benu berkata, beliau telah ‘menerima panggilan’ dari Allah untuk mendapatkan tarikh menyambut Aidilfitri. Video penjelasan beliau boleh dilihat di bawah.

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Rata-rata netizen terkejut dengan penjelasan ini dan tidak kurang juga mengelarkan Mbah Benu dengan gelaran sesat. Mana tidaknya, mula puasa awal, sambut raya awal lepas tu boleh pulak telefon Allah untuk tanya tarikh. Pening weh.

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Parah ni sebenarnya satu kampung pun ikut apa yang dia cakap. Harap ada lah autoriti agama di Indonesia boleh ambil tindakan yang sewajarnya, sebab bahaya dan mengelirukan orang ramai.

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Tapi dia start puasa awal. Cuma tak pasti dia ikut kalander mana je. Itu yang dah cukup hari puasa ikut kalander dia, dia nak raya pulak.

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Lain macam kan penjelasan dia. Boleh pulak dia main nama Tuhan macam tu je. Nabi pun nak bercakap dengan Allah sampai kena Isra Mikraj. Memang level lain dah ni.

Ini alasan ketua jemaah masjid Aolia sambut raya awal buat ramai terkejut

Itulah, nabi-nabi yang dapat mukjizat dari Allah pun bersusah payah sebelum ni. Ini dapat dekat dia senang-senang je telefon tanya tarikh raya. Parah weh ni, parah.

Baca Lagi:
Lelaki terkejut makan colek ‘kena ketuk’ harga RM71 sepinggan
Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja
Wanita serahkan semua harta RM25.7 juta kepada penjaga sebelum meninggal dunia, 10 anak saudara kempunan nama digugurkan
CATEGORIES