Pernah catat sejarah hantaran kahwin paling mahal RM77,888.77, ini keadaan terkini Juliana Banos. Sejak mendirikan rumahtangga bersama usahawan Datuk Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005, pelakon dan penyanyi Datin Juliana Banos mula memperlahankan karier seni nya bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Terdahulu aktres cantik ini pernah mencipta rekod apabila menerima hantaran berjumlah RM77,888.77 iaitu hantaran termahal pada ketika itu yang diterima oleh penyanyi dan pelakon Juliana Azman Banos (Jun) daripada suaminya, Mokhtar Ahmad, usahawan kereta import mewah, mencatat sejarah tersendiri sebagai hantaran termahal yang tidak pernah diterima oleh mana-mana artis tanah air sebelum ini.
Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Catier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.
Meskipun pasangan ini sudah lama mendirikan rumah tangga, baru-baru ini tular semula gambar mereka di laman TikTok yang dikongsi oleh salah satu peminat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap aktres cantik ini kerana jarang sekali dapat melihat dia beraksi dalam pentas hiburan pada ketika ini.
Terdahulu Jun dan Mokhtar diijab kabulkan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, Johor hari ini (16 Disember) dengan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Sehari sebelum bergelar pengantin baru, Jun dan Mokhtar sudi diwawancara secara eksklusif oleh beberapa media tempatan.
Walaupun pada mulanya kedua-dua pasangan ini tidak dibenarkan bertemu oleh keluarga masing-masing menjelang saat-saat akhir akan dinikahkan, namun bagi memenuhi permintaan media, larangan itu akhirnya dilonggarkan.
Bahkan jurugambar media juga diberi peluang merakamkan gambar kedua-duanya 24 jam sebelum mereka dinikahkan.
Bagaimanapun menurut sumber sebuah laman portal, Jun pernah meluahkan bahawa dia sebenarnya mahu merahsiakan hantaran yang diterimanya daripada Mokhtar.
“Saya tidak berniat untuk menguar-uarkannya kepada umum. Tetapi itulah soalan yang ditanyakan kepada saya oleh setiap orang yang saya temui.
“Jadi, suka atau tidak, jumlahnya terpaksa juga disebutkan,” kata Jun ketika ditemui di pejabat Mokhtar di Mutiara Motors Sdn. Bhd. di Jalan Tebrau, Johor Bahru.
Jun memberitahu, hantaran yang tinggi itu dianggap sebagai hadiah daripada suaminya dan dia bersyukur dengan keikhlasan hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki.
Katanya, angka tujuh adalah angka kegemaran Mokhtar manakala angka lapan pula adalah angka kegemarannya.
Menurut Jun, jika dicampurkan kesemua jumlah 77,888.77, jawapannya 52 dan apabila angka lima dicampurkan dengan angka dua, jawapannya ialah tujuh.
“Itulah keistimewaan 77,888.77 kepada saya dan suami,” kata Jun.
Meskipun akhir-akhir ini jarang sekali orang ramai dapat melihat selebriti ini di kaca televisyen, namun ada ura-ura mengatakan perkahwinan aktres ini masih kekal hingga ke hari ini.