Pusat Astronomi UAE jangka 1 Syawal pada Jumaat 21 April

Pusat Astronomi UAE jangka 1 Syawal pada Jumaat 21 April

Pusat Astronomi UAE jangka 1 Syawal pada Jumaat 21 April. Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.

Menurut portal Gulf News, bagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

Pusat Astronomi UAE jangka 1 Syawal pada Jumaat 21 April

Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan dapat menyaksikan anak bulan pada tarikh tersebut.

Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.

Di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.

Baca Lagi:
Senarai ATM yang boleh tukar duit raya, siap dapat sampul free
Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je..
Ibu kurung diri sendiri dalam bilik, takut hilang sabar pukul anak
CATEGORIES