Kawan baik Shila Amzah kini jadi ibu tirinya kahwin dengan ND Lala

Kawan baik Shila Amzah kini jadi ibu tirinya kahwin dengan ND Lala

Kawan baik Shila Amzah kini jadi ibu tirinya kahwin dengan ND Lala. Tular beberapa hari kebelakangan ini mengenai berita perkahwinan kedua penyanyi veteran Dato’ ND Lala bersama seorang wanita muda setelah ia dihebahkan sendiri oleh isteri pertama, Fauziah Sarman di laman Instagram miliknya.

Berita itu ternyata telah membuatkan ramai peminat terkejut setelah bertebaran spekulasi mengenai kisah perkahwinan kedua ND Lala bersama wanita itu.

Pendedahan Fauziah sekaligus mengesahkan spekulasi itu dan kini netizen seolah-olah tertumpu kepada anak mereka iaitu penyanyi Shila Amzah bagi memberikan kenyataan dan respon.

Kawan baik Shila Amzah kini jadi ibu tirinya kahwin dengan ND Lala

Sebelum ini, Shila pernah memuat naik hantaran mengenai pencariannya terhadap seorang wanita bernama Siti Munirah di Instagram Story.

Ketika itu, masih belum diketahui sebab apa Shila mencari Siti Munirah dan rupa-rupanya, ia adalah wanita yang sama dan kini menjadi ibu tirinya.

Difahamkan, Siti Munirah adalah rakan baik Shila Amzah ketika mereka berdua bersekolah di Sekolah Menengah Setapak Indah dan sering datang berkunjung ke rumah mereka jika ada majlis kekeluargaan.

Sehingga kini, Shila masih tidak memberikan sebarang kenyataan dan pengurus peribadi penyanyi itu memaklumkan bahawa dia perlu lebih masa dan privasi bagi menghadapi situasi sukar itu.

Baca Lagi:
Sempat buat video ‘sweet’ kucup dahi sebelum masuk mahkamah syariah untuk tamatkan ikatan sebagai suami isteri
Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan
Lelaki ini bina apartmen rahsia dalam mall, 4 tahun duduk secara percuma tanpa bayar apa-apa
CATEGORIES