Kucing panjat badan imam tengah solat, warganet terkejut tengok kucing cium muka imam

Kucing panjat badan imam tengah solat, warganet terkejut tengok kucing cium muka imam

Kucing panjat badan imam tengah solat, warganet terkejut tengok kucing cium muka imam. Kucing merupakan haiwan peliharaan kegemaran bagi ramai kelompok masyarakat di dunia ini.

Ekoran daripada telatahnya yang manja dan suka dibelai, ramai akan ‘cair’ dengan sifat yang dimiliki haiwan tersebut.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang Imam tenang membelai seekor kucing yang memanjat badannya ketika sedang mengimamkan solat tarawih.

Video yang dikongsikan oleh sebuah saluran YouTube bahasa Arab mendakwa bahawa kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah masjid di Algeria.

Kucing panjat badan imam tengah solat, warganet terkejut tengok kucing cium muka imam

Kucing panjat badan imam

“Seekor kucing di Algeria memanjat imam semasa solat tarawih, Maha Suci Tuhan Yang Agung,” tulis muat naik perkongsian video tersebut.

Ketika kejadian, imam tersebut didakwa sedang mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah masjid di salah sebuah negeri Algeria, Bourg Bou Arreridj.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, dapat dilihat seekor kucing berwarna putih dan tompok oren keperangan telah memanjat imam tersebut.

Imam tersebut dapat dilihat tenang membelai kucing berkenaan sambil meneruskan bacaannya ketika mengimamkan solat tersebut.

Kucing berkenaan juga kemudiannya telah memanjat bahu imam tersebut lalu melentokkan kepalanya di muka imam tersebut seakan sedang mencium muka imam berkenaan.

Selepas beberapa saat kucing itu akhirnya melompat turun dari bahu imam tersebut.

Oyen redah banjir

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seekor kucing oren yang berenang ketika banjir di Kuching baru-baru ini.

Perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @zarra009 telah mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat seorang perempuan memarahi oyen kerana ia ingin keluar rumah walaupun keadaan ketika itu hujan dan banjir.

Setelah disuruh untuk segera pulang, si oyen terus berenang meredah banjir. Kucing itu dilihat seakan sudah terbiasa dan tidak takut berada dalam air.

“Kuching banjir guys, oyen berenang,” tulis kapsyen yang dimuat naik di video perkongsian tersebut.

Sehingga hari ini, muat naik video berdurasi 43 saat itu telah mendapat berjuta-juta jumlah tontonan pengguna di seluruh dunia.

Baca Lagi:
Pusat Astronomi UAE jangka 1 Syawal pada Jumaat 21 April
Senarai ATM yang boleh tukar duit raya, siap dapat sampul free
Kawan baik Shila Amzah kini jadi ibu tirinya kahwin dengan ND Lala
CATEGORIES