Perkhidmatan Maybank akan tergendala selama 2 hari Sabtu dan Ahad. Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank difahamkan akan tergendala bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad ini.
Maybank menerusi satu kenyataan berkata, ia berikutan penyelenggaran sistem mereka yang dijalankan pada minggu ini.
Katanya, antara perkhidmatan terlibat adalah mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.
“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.
“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank di 1-300-88-6688 bagi yang berada di dalam negara atau di talian 603-78443696 bagi luar negara,” ujarnya.