Lelaki terkejut dari tidur terasa macam mimpi nampak harimau depan mata baham anjing putih

Lelaki terkejut dari tidur terasa macam mimpi nampak harimau depan mata baham anjing putih

Lelaki terkejut dari tidur terasa macam mimpi nampak harimau depan mata baham anjing putih. Tular satu video memaparkan seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas katil sebelum terjaga gara-gara terdengar bunyi bising di belakangnya.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.22 pagi Isnin itu dikongsikan Neha Panchamiya yang juga merupakan pengasas pusat menyelamat haiwan, RESQ Charitable Trust yang terletak di Pune, India.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 40 saat yang dimuat naik di Twitter itu, kelihatan seekor harimau bintang tiba-tiba muncul dari bawah trak dan perlahan-lahan menghampiri anjing yang sedang tidur di atas tanah.

Lelaki terkejut dari tidur terasa macam mimpi nampak harimau depan mata baham anjing putih

Tidak menunggu lama, binatang buas itu dengan segera menggonggong anjing berkenaan lalu membawanya pergi.

Lelaki itu kemudian terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi bising dan setelah menoleh, harimau bintang tersebut sudah pun melarikan anjing itu.

Meskipun berdepan dengan situasi yang mengerikan, dia kelihatan masih terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku di depan matanya, namun beberapa saat kemudian, dia dilihat bermain telefon pintarnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Situasi itu mendatangkan pelbagai reaksi warganet, antaranya Kushalshete berkata, keadaan di mana binatang buasa seperti harimau bintang datang ke kawasan tertentu dan membaham anjing seperti dalam video akan terus berlaku sekiranya hutan di India terus musnah dimusnahkan.

@majoritiofficial♬ original sound – Majoriti Official

Baca Lagi:
Perkhidmatan Maybank akan tergendala selama 2 hari Sabtu dan Ahad
Jep Sepahtu bawa Bentley buat pergi kerja raih perhatian ramai, ‘tak macam orang kaya lain, kereta mahal semua simpan’
Isteri kantoi ‘check in’ dengan bekas kekasih siap tinggal anak 11 bulan, tapi suami pula yang dipersalahkan
CATEGORIES