Lelaki ini tetap tidak gembira walaupun menang saman RM1.3 juta terhadap hospital Melaka

Lelaki ini tetap tidak gembira walaupun menang saman RM1.3 juta terhadap hospital Melaka

Lelaki ini tetap tidak gembira walaupun menang saman RM1.3 juta terhadap hospital Melaka. Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada seorang lelaki, Abu Baharin Abu Bakar akibat kecuaian sehingga hilang kaki kanannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elisabet Paya Wan memerintahkan hospital terbabit membayar ganti termasuk pampasan bagi perbelanjaan anggota palsu dan kehilangan pendapatan selepas tuntutan saman dikemukakan plaintif.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 34 itu tidak tersenyum malah turut mengatakan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Lelaki ini tetap tidak gembira walaupun menang saman RM1.3 juta terhadap hospital Melaka

Ini kerana setelah mengalami kecacatan fizikal tersebut, hubungan dia dan isterinya menjadi tegang sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang. Isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun tidak bersama saya. Saya berasa sunyi dan kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, lelaki berasal dari Klebang itu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masalah lutut akibat kemalangan motosikal pada 2015 sebelum pihak hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.

Baca Lagi:
Anak Dr Maszlee Malik cemerlang di universiti Qatar, rupanya ini amalan yang selalu dibuat Nusaybah
Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri
Pegawai polis cabul dua rakan kerja wanita semasa bertugas
CATEGORIES