Penjawat awam mula dinaikkan gaji tahunan mulai tahun depan – Bajet 2023

Penjawat awam mula dinaikkan gaji tahunan mulai tahun depan – Bajet 2023

Penjawat awam mula dinaikkan gaji tahunan mulai tahun depan – Bajet 2023. Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari depan, kata Perdana Menteri, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pengumuman itu bakal dimanfaatkan 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, hari ini.

Penjawat awam mula dinaikkan gaji tahunan mulai tahun depan - Bajet 2023

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri itu adalah antara enam inisiatif yang diumumkan pagi ini, mendapat sorakan gemuruh kira-kira 8,000 penjawat awam yang hadir pada majlis pagi ini.

Baca Lagi:
Penjawat awam dapat bantuan khas RM700 dan bonus Aidilfitri RM600 – Bajet 2023
Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
CATEGORIES