Bilik seksaan paling kejam di Ukraine, sebaldi gigi emas ditemui

Bilik seksaan paling kejam di Ukraine, sebaldi gigi emas ditemui

Bilik seksaan paling kejam di Ukraine, sebaldi gigi emas ditemui. Sebuah bilik seksaan didakwa milik Russia, di mana mangsa dikatakan dipaksa menyedut asap selain gigi mereka turut dicabut ditemui di bandar Kharkiv, Ukraine, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bilik seksaan digelar Auschwitz mini itu ditemui di perkampungan Pisky-Rad’kivs’ki, Kharkiv, di mana penduduk tempatan mendakwa ada mangsa yang ditanam secara hidup-hidup.

Beberapa rakaman imej didedahkan selepas askar dan orang awam dikatakan ditahan di bilik seksaan itu dan dipukul.

Bilik seksaan paling kejam di Ukraine, sebaldi gigi emas ditemui

Imej-imej menunjukkan terdapat bekas plastik dipenuhi dengan gigi emas dan topeng muka gas yang dikatakan digunakan untuk memaksa mangsa menyedut asap daripada kain buruk yang dibakar.

Beberapa mangsa terselamat berkata, mereka ditahan di situ selama berminggu-minggu dan diseksa semasa disoal siasat sehingga mereka memberitahu nama penduduk setempat yang menawarkan bantuan.

“Penduduk setempat sering terdengar bunyi jeritan dari sini. Pasukan penyiasat menemui sebuah bilik seksaan yang kejam di kampung ini.

“Polis telah diberitahu mengenai seksaan yang berlaku di sini termasuk menanam mangsa secara hidup-hidup dan menggunakan topeng muka yang mengandungi asap kain buruk,” kata Ketua Penyiasat wilayah Kharkiv, Serhii Bolvinov.

Bolvinov berikrar bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti penyiksaan itu akan dihukum.

Russia sebelum ini berkali-kali menafikan pencabulan hak asasi manusia sejak tenteranya dihantar berperang ke Ukraine pada Februari lalu.

Baca Lagi:
Kanak-kanak mati ditembak dalam pelukan guru
Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”
Ramai tak percaya 90% lelaki Pulau Pinang adalah kacak, setia & penyayang
CATEGORIES