Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired. Mesti ramai antara kita yang tak tahu cara refund duit kad touch n go apabila kad rosak, hilang ataupun expired. Kad Touch n Go ini memang selalu digunakan lagi-lagi untuk orang yang bekerja di bandar tu. Tak kira sama ada menggunakannya untuk kenderaan melalui tol, untuk parking kereta ataupun untuk menaiki kenderaan awam. Kalau selalu guna ni kemungkinan untuk kad tersebut hilang boleh terjadi seperti tercicir atau tertinggal di mana-mana.

Ada juga kes yang kad Touch n Go rosak seperti cip tidak boleh berfungsi. Selain itu, kalau tak selalu guna pula mungkin boleh tamat tempoh kerana jangka hayatnya adalah selama 10 tahun. Kalau kejadian-kejadian sebegini berlaku, bila dalam kad masih ada baki lagi jadi takkan kita nak rugi macam tu je kan. Sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula baki yang ada dalam kad Touch N Go tu dan mudah sahaja.

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Cara Refund Duit Kad Touch n Go Jika Rosak, Hilang Atau Expired

Untuk mendapatkan semula baki wang yang ada dalam kad tersebut, sila ikuti langkah berikut:

Daftar Kad Touch n Go

Dinasihatkan sebaik sahaja memiliki kad TnG, terus daftar secara online segera. Setelah daftar dan login, semakan baki dan juga top-up boleh dibuat. Ini kerana apabila berlaku sesuatu, proses refund atau mendapatkan semula baki memerlukan 10 nombor yang tertera di belakang kad TnG tersebut. Jika dah hilang atau keadaan kad dah rosak, dikhuatiri susah untuk dapatkan refund nanti.

Refund Baki Touch N Go

1. Layari Portal Touch ‘n Go, daftar dahulu kad TnG sekiranya belum di pautan berikut:

> https://tngportal.touchngo.com.my/

2. Setelah daftar kad Touch N Go di portal, kita boleh menguruskan kad dengan melihat transaksi, semak e-penyata, kemas kini maklumat peribadi dan mendapatkan semula baki jika kad hilang atau rosak.

3. Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke dalam akaun yand dipilih dengan syarat:

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Pemegang Akaun Malaysia

> Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
> Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan

Pemegang Akaun Asing

> Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
> Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
> Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.

Touch ‘n Go eWallet

> Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
> Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan

4. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go akan diproses dalam tempoh masa (30) hari bermula dari tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan

5. Untuk permohonan e-Refund bagi kad Touch N Go yang hilang mahupun dicuri, jumlah bayaran semula baki kad adalah mengikut jumlah nilai yang direkodkan ketika tarikh permohonan e-Refund tersebut.

6. Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi salah satu daripada platform berikut:

> https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/

Contoh Paparan Jumlah Baki TnG Dalam Sistem Online

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Contoh Bayaran Berjaya Dikreditkan

Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired

Pembelian Kad Baharu Touch n Go

Sekiranya pengguna ingin mendapatkan semula kad touch n go yang baru, pengguna haruslah membeli kad yang baharu, bermaksud kad yang hilang atau rosak tersebut tidak boleh ditukar ganti kepada kad baharu. Sebaliknya pengguna perlu membuat pembelian kad baharu dengan cara:

Beli Secara Terus Di Lokasi Tertentu

Pengguna boleh membeli kad baharu di stesen minyak, kedai serbaneka mahupun kiosk layan diri. Untuk senarai penuh sila rujuk pautan:

> Senarai Lokasi Pembelian Kad Touch n Go

Beli Online di Aplikasi TnG eWallet

Pengguna juga boleh terus buat pembelian kad Touch ‘N Go yang baharu jenis Enhanced Touch ‘n Go Card secara online menerusi aplikasi TnG eWallet.

> Google Play Store : Android
> Apple App Store : iOS

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

> Emel: [email protected]
> Facebook Touch ‘N Go Malaysia
> Twitter @MyTouchnGo

Baca Lagi:
Ramai tak percaya 90% lelaki Pulau Pinang adalah kacak, setia & penyayang
Kanak-kanak mati ditembak dalam pelukan guru
Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”
CATEGORIES