Penjawat awam kantoi berkhalwat dengan janda anak 11

Penjawat awam kantoi berkhalwat dengan janda anak 11

Penjawat awam kantoi berkhalwat dengan janda anak 11. Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan tunangan orang yang bakal berkahwin pada April ini dalam satu serbuan di Taman Maju, di sini, kelmarin.

Lelaki itu yang merupakan duda berusia 35 dan wanita 46 tahun dicekup Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 3.20 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika serbuan dilakukan, wanita tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu.

Penjawat awam kantoi berkhalwat dengan janda anak 11

“Pemeriksaan lanjut bahagian dalam menjumpai seorang lelaki berada di atas katil di bilik hadapan bersama seorang remaja berusia 16 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun sedang tidur di bilik belakang.

“Hasil soal siasat lelaki itu yang merupakan seorang anggota unit beruniform mengakui tidak mempunyai hubungan sah dengan wanita terbabit dan memberikan alasan tumpang bermalam selepas rumahnya tiada bekalan air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, lebih mengejutkan hasil pemeriksaan lanjut wanita tersebut didapati pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini dan pernah ditangkap khalwat pada dua tahun lalu.

“Wanita ini merupakan janda anak 11 dan semakan rekod kita dapati dia pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan berkhalwat.

“Dia turut memaklumkan merupakan tunangan orang dan dijadualkan akan berkahwin pada April depan,” katanya.

Tambahnya, lelaki terbabit mendakwa dia berkawan dengan anak wanita tersebut dan menganggap janda itu sebagai kakak angkatnya.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman manakala anaknya wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 34 Enakmen sama kerana bersubahat.

Baca Lagi:
7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia
Tak pernah bermimpi jadi jutawan, pemuda miskin ini terkejut bank tersalah masuk duit RM780 juta ke dalam akaun bank
Ini rahsia sebenar jutawan terkenal di dunia kekal kaya, no 5 paling tak masuk akal
CATEGORIES