7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia. Satu ketika dahulu, kami pernah menulis mengenai kisah lagenda Bujang Senang, dipercayai buaya yang terbesar di Malaysia yang hiidup di negeri Sarawak. Bujang Senang mati dibunuh pada tahun 1992 setelah usaha memburunya dilakukan oleh orang Iban bersama-sama dengan pihak polis.

Maka, timbul persoalan adakah Bujang Senang merupakan buaya terbesar dunia yang pernah ditemui manusia?

Jawapan ringkasnya, bukan. Maka, kali ini pihak Iluminasi ingin berkongsi pula senarai 7 buaya terbesar dunia yang pernah ditemui manusia. Menariknya, Bujang Senang juga tersenarai dalam senarai ini namun untuk mengatakan buaya dari Sarawak itu sebagai buaya terbesar dunia mungkin kurang tepat.

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

7. Gomek

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

Gomek adalah buaya air masin besar yang ditangkap oleh George Craig di Papua New Guinea. Gomek kemudiannya dibeli oleh Terri dan Arthur Jones pada tahun 1985 dan disimpan di Ocala, Florida selama lima tahun sebelum dijual ke St. Augustine Alligator Farm Zoological Park di Florida.

Gomek meninggal kerana sakit jantung pada 6 Mac 1997. Pada masa itu, Gomek merupakan salah satu buaya tawanan yang terbesar. Semasa mati, panjangnya disahkan 5.42 meter, beratnya 860 kg dan mungkin berusia antara 60 hingga 80 tahun.

6. Cassius

Buaya gergasi air masin Australia ini pernah diiktiraf sebagai buaya terbesar yang ditawan dan diakui oleh Guinness World Records sebagai buaya terbesar di dunia dalam kurungan pada tahun 2011. Cassius kehilangan kaki kiri depan dan hujung ekornya kerana pergaduhan ganas.

Cassius tinggal di Marineland Melanesia di Green Island di Australia. Buaya ini ditangkap pada tahun 1987 di Sungai Finis setelah menyerang kapal dan menyebabkan gangguan. Cassius berukuran 5.48 meter dan dipercayai berusia sekitar 110 tahun. Ia dinamakan Cassius Clay, nama kelahiran petinju Muhammad Ali.

5. Yai

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

Yai adalah buaya dalam peliharaan di Pusat Pemeliharaan Buaya Samut Prakandan Zoo di Thailand. Panjang Yai adalah lebih kurang 5.5 meter, lebih besar daripada Cassius. Campuran atau hibrid antara spesis buaya Siam dan buaya air masin biasanya akan mnghasilkan keturunan buaya yang sangat besar dan Yai adalah contohnya.

Yai, seperti Gomek, mempunyai toleransi yang tinggi terhadap manusia. Pemberi makanan dan penjaga boleh membersihkannya dan menyentuhnya tanpa rasa takut. Malah pelawat juga boleh bergambar dekat dengannya. Yai dipercayai hidup sejak 1972.

4. Brutus

Buaya air masin yang besar ini bernama “Brutus” dan hanya mempunyai tiga kaki! Ia sering ditemui di Sungai Adelaide, Wilayah Utara, Australia. Brutus kehilangan kaki depannya dipercayai ketika bergaduh ketika konfrontasi dengan ikan jerung di muara sungai.

Dari segi ukurannya pula, panjang badannya dianggarkan sekitar 5.6 meter dan beratnya lebih kurang satu tan.

3. Bujang Senang

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

Bujang Senang adalah buaya air masin yang besar dan tinggal di Borneo. Menurut sumber tempatan, Bujang Senang adalah pemakan manusia (beberapa orang mendakwa bahawa buaya ini pernah menyerang dan membunuh manusia sekurang-kurangnya selama tiga puluh tahun).

Bujang Senang dibunuh pada 1992. Setelah pembunuhan itu, panjangnya diukur dan mendapati raja sungai di Sarawak ini mempunyai panjang 5.88 meter dan berat lebih dari satu tan. Ukuran ini melayakkannya berada di tempat ketiga dalam senarai ini.

2. Dominator

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

Dominator tidak pernah diukur secara rasmi tetapi dianggarkan berukuran hingga 6.1 meter dan berat lebih dari satu tan. Dominator berkongsi wilayah yang sama dengan buaya gergasi di tempat ke 4, Brutus. Keduanya ditemui hidup di Sungai Adelaide, Wilayah Utara, Australia.

Memandangkan Brutus dan Dominator tinggal di kawasan yang sama, para pengunjung yang pernah menyaksikan haiwan ini secara dekat percaya bahawa perseteruan antara kedua buaya gergasi ini sudah lama berlaku, terutamanya berkaitan perebutan kawasan.

1. Lolong

7 buaya terbesar di dunia yang pernah dijumpai manusia

Berukuran 6.17 m dan berat 1075 kg, Lolong adalah buaya terbesar dalam kurungan. Lolong juga buaya terbesar yang pernah diukur dari muncong ke ekor. Lolong adalah buaya Indo-Pasifik atau air masin (Crocodylus porosus). Lolong ditangkap di anak sungai Bunawan di wilayah Agusan del Sur di Filipina pada 13 September 2011.

Buaya raksasa ini diburu dalam jangka masa tiga minggu dan setelah dijumpai memerlukan sekitar 100 orang untuk membawanya ke darat. Buaya itu dinamai Ernesto “Lolong” Goloran Cañete sempena nama salah satu pemburu buaya veteran dari Pusat Perlindungan Buaya dan Hidupan Liar Palawan, yang memimpin usaha pemburuan itu.

Lolong mati dalam kurungan hanya 18 bulan selepas ditangkap, sekitar jam 8 malam pada 10 Februari 2013. Laporan perubatan menunjukkan bahawa Lolong mati akibat kegagalan jantung kongestif yang disebabkan oleh pneumonia kulat, lipidosis hati dan kegagalan buah pinggang.

Baca Lagi:
Berpuluh tahun guna duit kertas ringgit Malaysia, rupanya ada rahsia tersembunyi
YB Gerik sebak dalam dewan Parlimen
“Ayah suka baby”, sanggup ambil anak angkat banyak-banyak, tapi kali ini baby perempuan sikap lain macam..
CATEGORIES