Ini rahsia sebenar jutawan terkenal di dunia kekal kaya, no 5 paling tak masuk akal

Ini rahsia sebenar jutawan terkenal di dunia kekal kaya, no 5 paling tak masuk akal

Ini rahsia sebenar jutawan terkenal di dunia kekal kaya, no 5 paling tak masuk akal. ‘Haji Bakhil’, ‘Tahi Hidung Masin’ dan ‘Tangkai Jering’, kesemua gelaran atau istilah ini mengkhusus kepada sikap kedekut tahap dewa golongan hartawan dan jutawan, yang terlalu berkira untuk membelanjakan wang mereka.

Walhal dengan kekayaan yang dimiliki, mereka bisa mendapatkan apa saja di dunia, jet peribadi, rumah agam, pakaian berjenama, kereta mewah, aset hartanah waima pulau persendirian! Pokoknya apa saja, apa saja yang dihajatkan!

Tetapi pendedahan yang dibuat oleh web portal Business Insider pada 2016 ini membuktikan golongan orang kaya elit ini hidup dalam gaya hidup berjimat yang cukup menghairankan kita. Mungkin inilah jawapan kenapa mereka boleh menjadi kaya-raya!

Ini rahsia sebenar jutawan terkenal di dunia kekal kaya, no 5 paling tak masuk akal

1. Hidup bawah kemampuan sendiri

BE3672CC CC2C 40B5 BA69 DF8B966E9A93 e1676903389674

Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas Facebook memilih untuk berpakaian ringkas. Contohnya, pakaian selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg ialah sehelai jeans dan t-shirt rona kelabu. Dia juga hanya memandu kereta bernilai £20,000.

(Jumlah kekayaan £30.4 billion)

2. Hidup di dalam rumah kecil

Warren Buffet, antara pelabur paling berjaya di dunia. Dia sangat terkenal dengan kesederhanaan. Masih tinggal di rumah yang dibeli 50 tahun dahulu di Omaha, Nebraska yang bernilai £21000 walaupun mempunyai hartanah lain.

(Jumlah kekayaan £41.8 billion)

3. Lupakan tentang “class”

Azim Premiji, dikenali sebagai Csar Indian IT Industry. Suka melancong dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya tidak menghuni hotel 5 bintang ketika sedang bercuti. Menggunakan pinggan kertas ketika majlis perkahwinan anaknya.

(Jumlah kekayaan £10.1 billion)

4. Menjaga pemakanan seharian

Ingvar Kamprad, selain selalu memarahi orang lain yang tidak menggunakan kedua-dua belah kertas. Selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, juga untuk mengelakkan mengambil garam dan lada sachet bila makan.

(Jumlah kekayaan £2.3 billion)

5. Mengurangkan jumlah kasut

Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk bualan utama setelah mengesahkan yang dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja sahaja sejak sedekad lalu. Hanya menukar tapak sahaja. Kedekut betul!

(Jumlah kekayaan £238 juta)

6. Buat dua kerja, gaji pertama untuk simpan

Jay Leno, pelawak, pelakon dan selebriti TV terkenal di Amerika. Semasa zaman muda, dia membuat dua kerja. Bekerja di kedai menjual kereta dan gerai makanan segera.

Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi gaji. Sehingga kini dia melakukan dua kerja iaitu sebagai selebriti TV dan stand-up comedy.

(Jumlah kekayaan £238 juta)

7. Mempunyai senarai barang runcit yang tetap

Thomas Jack Hei Bai Shuo Featured Image e1676903436152

T. Boone Pickens, pengerusi BP Capital. Hanya membeli barangan keperluan runcit yang terdapat dalam senarainya sahaja. Dia juga meletakkan bajet yang tetap untuk mengelakkan membeli keperluan yang tidak diperlukan.

(Jumlah kekayaan £1 billion)

8. Hidup seperti tiada apa-apa

Elon Musk, pengasas Space X dan juga kereta elektrik, Tesla. Sebelum Musk menjadi seorang jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dollar sehari untuk menilai adakah dia mampu untuk hidup dengan 1 dollar tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya. Ia ternyata berbaloi.

(Jumlah kekayaan £8.6 billion)

9. Beli apa yang perlu

Seseorang yang pernah membeli-belah bersama dengan mendiang Steve Job menceritakan Job memilih untuk kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini kerana dia merasakan yang dia belum perlu menggunakan baju sejuk sepenuhnya sehingga memerlukan dia beli yang baru.

Baca Lagi:
Berpuluh tahun guna duit kertas ringgit Malaysia, rupanya ada rahsia tersembunyi
Kini berusia 27 tahun, wanita Islam Sabah terkejut bila dapat tahu sijil kelahiran tulis beragama Kristian
YB Gerik sebak dalam dewan Parlimen
CATEGORIES