Penjaga gol Kebangsaan yang popular kini jadi buta & jual kerepek, bekas isteri dedah perkara sebenar sebab bercerai

Penjaga gol Kebangsaan yang popular kini jadi buta & jual kerepek, bekas isteri dedah perkara sebenar sebab bercerai

Penjaga gol Kebangsaan yang popular kini jadi buta & jual kerepek, bekas isteri dedah perkara sebenar sebab bercerai. Kurnia Meiga Hermansyah, seorang penjaga gol dan atlet bola kebangsaan dari negara seberang yang cukup dikenali telah membuatkan ramai pengikut dunia sukan terkejut sejak akhir-akhir ini.

Rupanya, lelaki berusia 34 tahun itu sedang diuji dengan kemerosotan tahap kesihatan sehingga matanya menjadi buta. Kata Kurnia, penglihatannya kini menjadi amat terhad dan cuma boleh melihat dari sisi mata kira-kira 3-5%.

Saat saya hamil 6 bulan, ada hal besar terjadi & mengharuskan kami bercerai setelah beranak

Penjaga gol Kebangsaan yang popular kini jadi buta & jual kerepek, bekas isteri dedah perkara sebenar sebab bercerai

Dari hidup senang, kini segalanya berubah bila mana dia terpaksa menyara hidup dengan menjual kerepek emping selain pasrah melelong jersi serta medal kemenangan yang pernah dijulang ketika zaman keemasannya suatu ketika dahulu.

Bercerai sejak Februari 2023

Tidak cukup di situ, rupanya Kurnia juga telah bercerai dengan bekas isterinya, Azhiera Adzka Fathir sejak tahun lalu. Hal itu pula berlaku atas kemahuan wanita tersebut. Perkara ini lantas mengundang spekulasi buruk sehingga Azhiera dituduh sebagai gila harta dan sanggup meninggalkan Kurnia lantaran enggan hidup susah.

Kalau ada yang cakap saya tinggalkan sebab dia sebab dia tak sihat, itu adalah salah

Tegas menafikan dakwaan tersebut Azhiera akhirnya tampil mendedahkan satu aib yang sekian lama dirahsiakan dari pengetahuan umun. Berkahwin sejak tahun 2013 lalu dan dikurniakan 3 orang anak, rupanya selama ini Azhiera menjalani pernikahan itu dengan penuh air mata. Ketika masih sihat dan menjulang reputasi baik selaku atlet bola, Kurnia adalah suami yang suka bersikap kasar, peminum tegar dan tidak setia terhadap Azhiera. Berikut adalah perincian yang didedahkan Azhiera :

1) Ketika teguk minuman keras bersama kawan hingga lewat malam, Kurnia akan kunci isteri dan anak-anak dari luar.

2) Azhiera pernah jumpa 5 telefon milik Kurnia yang mengandungi banyak imej 18+ perempuan lain.

3) Azhiera & anak-anak kerap dikasari. Kurnia pernah jentik mata anak perempuannya hingga nyaris buta.

4) Kurnia menyelinap keluar dengan perempuan lain saat Azhiera sarat hamil. Perselingkuhan dibuat secara berulang kali.

Kesihatan Meiga merosot sejak 2017, saya setia temani sampai 2023…Itu bukan waktu yang sekejap

Walaupun kesabarannya selaku isteri tidak dihargai, Azhiera terus bertahan selama 9 tahun dan setia menjaga Kurnia apabila kesihatan lelaki itu mula menurun sejak tahun 2017. Mereka juga menanggung banyak hutang kerana komitmen pembiayaan rawatan Kurnia. Dari awal lagi, segala penderitaan dipendam seorang diri dengan harapan lelaki itu akan berubah satu hari nanti. Namun harapan cuma tinggal harapan dan Azhiera akhirnya tidak mampu bertahan lagi.

“Kalau aku tutup (rahsiakan) pun, aku yang kena, anak kena, orang tua pun kena. Meiga ada tabiat ‘minum’ sejak usia 18 tahun. Sebelum itu, aku tak tahu langsung kerana kami bercinta sekejap sahaja. Lepas berkahwin, barulah semuanya (sikap sebenar) terkeluar. Selama ni, aku bertahan sebab anakku yang sulung ni sangat rapat dengan dia. Anak pernah cakap, ayah, tak mengapalah saya ada ayah yang buta, asalkan ayah berhenti minum”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kurnia Meiga (@egahermansyah)

Baca Lagi:
Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman larang orang ramai buka puasa di masjid, ini sebabnya
Ditawar RM25,000, pemilik ayam serama Yellow MG dari Terengganu tolak tawaran jual ayam kerana miliki ‘perangai’ istimewa
CATEGORIES