Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan. Jadi, apa kata jika anda cuba iftar ala piknik bersama keluarga tersayang sepanjang bulan Ramadan ini tanpa perlu memikirkan bajet besar untuk berbuka puasa.

Berikut kami senaraikan lokasi sekitar bandar utama seluruh negara yang anda boleh berbuka sambil berpiknik.

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

Lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan ramai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan setiap hujung minggu.

Ketika bulan Ramadan pula, Dataran Merdeka sentiasa dibanjiri orang ramai yang datang berbuka puasa berlatar belakangkan panorama indah bangunan bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kawasan lepak yang sangat lapang di padang juga sangat mudah untuk pengunjung memilih port yang best untuk dihamparkan tikar sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Sambil berbuka puasa, jangan lupa abadikan potret keluarga dan rakan di sini.

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

2. Padang MBSA Dataran Shah Alam

Berdekatan dengan Masjid Shah Alam, kawasan lapang tersedia di sini dan mudah untuk anda mencari tempat membeli juadah.

Memang satu destinasi yang lengkap untuk anda berbuka ramai-ramai secara terbuka di sini. Jika tidak sempat masak singgah saja ke bazar Ramadan terdekat terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Setiap hari pada bulan Ramadan, lokasi ini pasti dipenuhi dengan pengunjung yang berkeluarga atau pun pelajar-pelajar universiti berdekatan untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Jika berhasrat ke sini, sebaiknya datang lebih awal kerana kawasan letak kereta agak terhad. Selepas berbuka boleh terus ke Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat.

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

3. Dataran Putrajaya

Berbuka puasa di hotel atau restoran yang menyediakan bufet Ramadan ada kalanya perlu mengeluarkan belanja besar terutamanya yang mahu datang bersama keluarga.

Namun, jangan bimbang kerana terdapat alternatif lain untuk anda berbuka puasa dengan suasana cukup meriah dikelilingi bangunan indah serta disajikan pemandangan menarik.

Di Dataran Putrajaya ini juga antara lokasi popular bukan saja dari kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan berdekatan, malah ramai juga sanggup datang dari Kuala Lumpur dan lokasi lain untuk merasai suasana berbuka di sini.

4. Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1

Buat penduduk sekitar Kuantan, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri.

Amalan berbuka puasa di padang MBK1 telah bermula sejak dahulu lagi dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia sudah menjadi kebiasaan orang Kuantan melihat ahli kerabat diraja Pahang menyertai orang ramai berbuka puasa.

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

5. Dataran Shahbandar Kuala Terengganu

Penduduk sekitar bandar Kuala Terengganu pula memang bertuah kerana lokasi berbuka puasa secara piknik di sini memang menarik kerana terletak di tepi sungai dan tidak jauh dari pantai.

Dengan berlatar belakang Jambatan Angkat, pengunjung boleh menikmati angin sepoi-sepoi Laut China Selatan, pasti pengalaman berbuka puasa di sini menjadi detik yang sukar dilepaskan.

Sebab itulah, aktiviti berbuka puasa beramai-ramai di sini seakan menjadi kelaziman bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu setiap kali tibanya Ramadan.

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

6. Dataran Balai Besar di Masjid Zahir, Alor Setar

Bagi yang berada di Bandar Alor Setar, Kedah anda boleh mencuba berbuka puasa di kawasan terbuka dengan pemandangan indah Masjid Zahir, Menara Alor Setar & juga dikelilingi hiasan landskap seperti taman yang terletak di Dataran Balai Besar atau juga dikenali Dataran Masjid Zahir di kalangan penduduk setempat.

Tarikan yang paling best di sini sudah tentulah binaan struktur bangunan Masjid Zahir itu sendiri yang dibina pada tahun 1912 dan menjadi mercu tanda serta ikon pelancongan utama bagi negeri Kedah.

Kawasan padang yang lapang dan terbuka ini memang sangat meriah setiap kali masuk waktu berbuka puasa di bulan Ramadan dengan kunjungan orang ramai baik yang sudah berkeluarga atau pun yang bujang-bujang.

Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan

7. Dataran Sibu Sarawak

Kalau di Sibu pula, salah satu tempat yang popular untuk berbuka puasa secara berjemaah di kawasan terbuka adalah di Dataran Sibu.

Kalau anda berkesempatan untuk bermusafir ke sini, bolehlah singgah membeli makanan di Bazar Ramadhan di sini dan terus santai-santai bersama kawan-kawan atau keluarga di Dataran Sibu.

Baca Lagi:
“Malam terakhir bersama suami buat aku menyesal seumur hidup”
Senarai stadium paling tua di Malaysia yang ramai tak tahu
Tanam padi di tengah bandar Cyberjaya
CATEGORIES