Pengusaha makanan di rumah disyorkan daftar KKM – KJ

1667524 e1654578130502

Pengusaha makanan di rumah disyorkan daftar KKM – KJ

Pengusaha dan pengendali makanan yang beroperasi di rumah digalak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi jaminan keselamatan makanan yang disediakan untuk pengguna.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata biarpun tidak diwajibkan, penyenaraian itu dapat memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk makanan yang dijual dalam platform perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailling) yang diyakini selamat.

Pengusaha makanan di rumah disyorkan daftar KKM - KJ

Beliau berkata, ketika ini penyenaraian itu masih dibuat secara sukarela yang boleh disemak melalui laman sesawang KKM.

Katanya, KKM perlu sentiasa berada di hadapan kelok perubahan teknologi makanan yang antara lain termasuk perubahan kepada gaya hidup masyarakat yang menyaksikan banyak permintaan makanan melalui platform dalam talian.

Khairy berkata, ketika ini lebih banyak perniagaan yang beroperasi dari rumah (homebase) berikutan perubahan gaya hidup sepanjang pandemik COVID-19.

“Ia memerlukan kualiti makanan dan semakan kepada kualiti yang memastikan Keluarga Malaysia dapat makanan yang selamat.

“Sebab itu, kita ada penyenaraian pengendali makanan dari rumah. Ini bukan sijil wajib tetapi kita galakkan supaya mereka ada dalam senarai KKM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Baca Lagi:

6 anak jadi yatim piatu, ibu bapa OKU dirempuh pemandu mabuk

Rider luar negara ‘hentam’ Malaysia gagal baiki jalan berlubang

Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *