Pengasas PETA buat wasiat paling pelik, mahu hantar sebahagian badannya ke pemimpin dunia termasuk Raja Britain

Pengasas PETA buat wasiat paling pelik, mahu hantar sebahagian badannya ke pemimpin dunia termasuk Raja Britain

Pengasas PETA buat wasiat paling pelik, mahu hantar sebahagian badannya ke pemimpin dunia termasuk Raja Britain. Pengasas Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) memasukkan ‘permintaan mengerikan’ dalam wasiatnya apabila mahu beberapa bahagian badannya dihantar kepada pemimpin dunia, termasuk Raja Britain, Raja Charles III selepas dia meninggal dunia.

Aktivis haiwan Ingrid Newkirk sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia rela isi badannya dijadikan ‘BBQ’ selepas meninggal dunia, bagi menggalakkan orang ramai tidak makan daging.

Kini, Newkirk sudah berusia 73 dan menerusi wasiat yang diperbaharui, wanita itu meminta ‘bahagian lehernya’ dihantar kepada Raja Charles jika pemerintah Britain itu gagal menghentikan penglibatan dalam perlumbaan burung merpati.

Pengasas PETA buat wasiat paling pelik, mahu hantar sebahagian badannya ke pemimpin dunia termasuk Raja Britain

Hal ini kerana, Newkirk membantah amalan menyembelih burung merpati yang kalah dalam perlumbaan.

Selain itu, wanita tersebut juga pernah meminta satu daripada kakinya dipotong dan dihantar kepada penganjur lumba kuda, Aintree.

Paling terbaharu, Newkirk turut meminta sebahagian jantungnya dihantar kepada bilionair Elon Musk sebagai protes terhadap tindakannya melakukan ujian pada haiwan berhubung teknologi implan otak.

“Saya berharap, lepas saya meninggal dunia, saya masih boleh ‘menyedarkan’ mereka yang suka mengekspolitasi haiwan, menzalimi binatang.
“Mungkin sesetengah orang berpandangan saya bersikap berlebihan, namun inilah perjuangan saya dan saya akan lakukannya sehingga nafas terakhir,” ujar Newkirk.

Dalam wasiat tersebut, Newkirk juga menyatakan kulitnya boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan beg duit dan beberapa produk kulit yang lain sebagai meningkatkan kesedaran mengenai kulit haiwan sering digunakan untuk produk kegunaan manusia.

Baca Lagi:
3 sekawan terkejut sofa lama boleh menjadi sebuah ‘mesin menghasilkan duit’
Mekanik hantuk hidung isteri sampai patah tolak hubungan seks, rupanya isteri kantoi main 4 jantan dedah adik
Kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA tidak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar? Ini sebabnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES