Bekas DJ popular ditemui mati dalam bilik, polis temui satu mesej dalam diarinya “setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”

Photo of author

By Joe

Bekas DJ popular ditemui mati dalam bilik, polis temui satu mesej dalam diarinya “setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”. Seorang bekas juruhebah popular ditemui mati di dalam bilik yang didakwanya berhantu, manakala jiran-jiran tidak menyedari kejadian tragis itu sehinggalah mereka terhidu bau busuk, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pada 4 Jun lalu, Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong pergi ke sebuah bilik sewa selepas jiran mengesan bau busuk.

Di sana, mereka menemui mayat bekas juruhebah tersebut yang dikenali sebagai Yam, 77. Jiran-jiran tidak menyedari kematiannya. Yam dianggarkan telah meninggal dunia antara tiga hingga lima hari lalu.

Bekas DJ popular ditemui mati dalam bilik, polis temui satu mesej dalam diarinya “setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”

Pihak berkuasa menemui mesej dalam diarinya menyatakan: “Setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”

Seorang pegawai berkata, bilik yang disewa itu menyaksikan dua kematian sebelum ini dengan Yam ialah penyewa ketiga.

Penyewa pertama menggantung diri, manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui. Yam dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga kematiannya, lapor portal berita Sanook.

Mayat juruhebah itu dihantar ke Hospital Rayong untuk siasatan lanjut mengenai punca sebenar kematiannya.

Baca Lagi:
Lebih selamat & mudah, ini caranya main duit kutu sorang-sorang
Kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA tidak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar? Ini sebabnya yang ramai tak tahu
3 sekawan terkejut sofa lama boleh menjadi sebuah ‘mesin menghasilkan duit’