Pendapatan sebulan RM2.6 juta, wanita 23 tahun bergelar jutawan hanya kerja sebagai puncuci rumah orang

Pendapatan sebulan RM2.6 juta, wanita 23 tahun bergelar jutawan hanya kerja sebagai puncuci rumah orang

Pendapatan sebulan RM2.6 juta, wanita 23 tahun bergelar jutawan hanya kerja sebagai puncuci rumah orang. Kisah wanita muda bernama Jennifer Hernandez yang dikongsikan menerusi laman TikTok baru-baru ini cukup memberi inspirasi buat buat wanita lain di luar sana.

Bayangkan, usianya baru menjangkau 23 tahun, empunya badan sudah bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman.

Hernandez yang kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi viral usai dikatakan memperoleh $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta sebulan.

Pendapatan sebulan RM2.6 juta, wanita 23 tahun bergelar jutawan hanya kerja sebagai puncuci rumah orang

Menerusi laporan Dailymail, wanita hebat itu memulakan perniagaan tersebut ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga.

Lebih menarik lagi, sebelum itu, beliau bergantung sepenuhnya dengan kewangan suami.

Pun begitu, selepas kejayaan tersebut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan.

“Sebelum itu, kami terpaksa membawa anak bersama ketika membersihkan kediaman pelanggan sehinggalah kami mampu mendapatkan pengasuh selepas beberapa bulan kemudian,” ujar wanita berkenaan.

PENDAPATAN LUMAYAN, BAYAR PEKERJA MAHAL

Pada setiap hari, Hernandez dikatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu, beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.

Kata-kata usahawan muda itu menerusi laman TikToknya @tropicalcleanings memang menyuntik inspirasi.

VideoCapture 20230208 091913

Katanya: “Cuba kira, jumlahnya AS$600,000 sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun. Mari kita lakukan. Awak pun boleh.

“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalan.”

Menerusi berpuluh-puluh klip video yang dimuat naik di platform berkenaan, Hernandes turut menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan dan berkongsi tip perniagaannya yang kian berkembang.

Antaranya, beliau menasihatkan pengikutnya supaya meninjau dan menyertai Homeaglow iaitu aplikasi pembersihan rumah bertaraf lima bintang.

Bahkan, Hernandez turut mengiklankan perniagaan kepada jirannya secara percuma menggunakan aplikasi Nextdoor.

Setakat artikel ini ditulis, perniagaan beliau Tropical Cleaning sudah memiliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari.

Dengan rezeki terpijak yang dimiliki, pasangan suami isteri itu memang pemurah.

Mana tidaknya, setiap pekerja akan diberi bayaran sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari! Banyak, bukan? Memang masyuk!

Baca Lagi:
Mekanik hantuk hidung isteri sampai patah tolak hubungan seks, rupanya isteri kantoi main 4 jantan dedah adik
Kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA tidak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar? Ini sebabnya yang ramai tak tahu
Penduduk kampung gempar pokok berusia 11 tahun keluarkan suara budak perempuan menangis
CATEGORIES