Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi ‘tebal-tebal’

Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi ‘tebal-tebal’

Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi ‘tebal-tebal’. Seperti tradisi setiap tahun, usahawan dan peneroka media sosial, Khairulaming, tidak kikir dalam memberikan wang untuk menceriakan pekerjanya menjelang sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Khairulaming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, baru-baru ini menutup dua operasi kilangnya untuk membawa semua 100 pekerjanya membeli baju raya.

Melalui perkongsian di laman sosial, jelas terlihat senyuman gembira di wajah semua staf kilang Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ketika dibawa ke sebuah butik pakaian terkenal.

Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi 'tebal-tebal'

Tidak hanya itu, mereka kemudian dibawa membeli barang-barang dapur sebagai persediaan untuk menyambut 1 Syawal.
Yang lebih membanggakan, usahawan berusia 31 tahun itu memberikan bonus raya kepada setiap pekerjanya sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan keletihan mereka dalam membangunkan jenama produknya.

“Kita berkongsi rezeki dengan mereka, dengan harapan duit raya ini dapat membantu mereka membuat persiapan raya bersama keluarga,” katanya dalam video yang dikongsikan di laman sosial.

Seperti tradisi setiap tahun juga, Khairulaming kemudian meraikan para pekerjanya dengan membawa mereka berbuka puasa di sebuah hotel.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen, yang kebanyakan memuji selebriti media sosial itu kerana sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming ♬ original sound – Khairulaming

Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, juga antara yang terkesan dengan kemurahan hati peneroka media sosial tersebut.

Khairul Aming tutup 2 kilang, bawa 100 staf shopping raya, netizen perasan sampul raya setiap seorang berisi 'tebal-tebal'

Selain dipuji, ruangan komen juga dipenuhi dengan komen lucu daripada netizen yang berseloroh mahu bekerja di kilangnya.

“Bang, ada kerja kosong tak? Saya boleh jadi tukang rasa sambal.”

“Macam mana staff tak sayang bos baik macam ni. Selamat maju jaya Khairulaming dan pasukan.”

“Wow, duit raya bukan main-main. Sangat banyak!” demikian antara komen-komen netizen.

Baca Lagi:
Kek taugeh dijual dengan harga RM510, rasa dia buat ramai nak muntah
8 tahun sudah berlalu, 12 orang crew MH370 dikesan di page AFN Diego Garcia
Bos Cina bagi bonus raya 2 bulan kepada pekerja Melayu serta hadiah rumah dan kereta
CATEGORIES