Lelaki tempatan maut dihempap pokok besar berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail

Lelaki tempatan maut dihempap pokok besar berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail

Lelaki tempatan maut dihempap pokok besar berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail. Pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini, petang tadi, menyebabkan seorang mangsa terbunuh, manakala dua lagi cedera ketika hujan lebat petang tadi, dikenal pasti sudah berusia lebih 50 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.

“Pokok yang tumbang hari ini kita kesan adalah pokok lama, berusia lebih 50 tahun yang berada di bawah pemantauan pihak swasta.

Lelaki tempatan maut dihempap pokok besar berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail

“Kita juga telah mengenal pasti banyak pokok berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun di ibu negara yang mana pokok-pokok ini hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Zaliha menyatakan bahawa DBKL juga akan mengkaji garis panduan yang diperlukan untuk memastikan pokok-pokok tua ini dikeluarkan bagi keselamatan orang awam.

Beliau mengatakan bahawa pemantauan akan dilakukan untuk mengenal pasti berapa banyak pokok tua yang terdapat di ibu negara.

“Pada masa ini, kita tidak mempunyai data tentang jumlah pokok tua tetapi pemantauan akan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa perbincangan masih berlangsung berkenaan pemberian pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“DBKL biasanya akan mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata bahawa kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Baca Lagi:
Remaja 19 tahun berjaya sampai ke Mekah setelah hampir 2 bulan naik motor Kriss 110
Akibat ayah kahwin senyap-senyap di Thailand, anak perempuan terkahwin dengan abang sendiri tanpa sedar
Pernah tak rasa nak terberak gila-gila bila jalan jauh, ikut 6 tips ini supaya perut anda selesa
CATEGORIES