Peguam Negara dedah perkara sebenar Timbalan Pendakwa Raya Zahid Hamidi digugurkan

Peguam Negara dedah perkara sebenar Timbalan Pendakwa Raya Zahid Hamidi digugurkan

Peguam Negara dedah perkara sebenar Timbalan Pendakwa Raya Zahid Hamidi digugurkan. Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak lagi mengendalikan kes itu kerana sudah memohon untuk bercuti sebelum bersara awal mulai 1 November depan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, menerusi kenyataan berkata Raja Rozela sudah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan permohonannya diluluskan berkuat kuasa 1 November depan.

Tegasnya, keputusan Jabatan Peguam Negara menggantikan Timbalan Pendakwa Raya itu dibuat selepas membuat pertimbangan yang teliti.

Peguam Negara dedah perkara sebenar Timbalan Pendakwa Raya Zahid Hamidi digugurkan

Sehubungan itu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan baharu berdasarkan pengalaman luasnya hampir 30 tahun sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, beliau ketika ini adalah Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes berprofil tinggi termasuk kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

“Susulan laporan media berhubung ketua pasukan pendakwaan membabitkan Timbalan Perdana Menteri digantikan baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk menggantikan Raja Rozela dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan dengan membuat pertimbangan yang teliti.
“Raja Rozela sudah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April 2023. Permohonannya diluluskan dan akan berkuat kuasa pada 1 November 2023. Selanjutnya, Raja Rozela memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos 2023,” katanya.

Idrus berkata, memandangkan kes membabitkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh perbicaraan ditetapkan sehingga Disember depan, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan.

Katanya, keputusan itu dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini, media melaporkan Raja Rozela yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid, tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

Beliau sebelum ini mengetuai pendakwaan, di mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Baca Lagi:
“Dulu kecik je tengok dekat tv”, ini rupanya pekerjaan Buntat yang lama tak dengar khabar
Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap
Wanita meninggal dunia selepas minum terlalu banyak air botol mineral
CATEGORIES