Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap

Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap

Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap. Seorang lelaki berkongsi kisah sedihnya menerima notis kebankrapan dari pihak mahkamah selepas gagal untuk membayar pinjaman bank bernilai RM200,000.

Ubah suai rumah ibu ayah

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa pinjaman yang dibuatnya itu merupakan permintaan daripada ibu bapanya yang ingin mengubah suai rumah mereka.

Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap

Difahamkan, permintaan itu dibuat atas faktor pemuda berkenaan bekerja dalam sektor kerajaan.

Tidak pasti apa proses yang perlu dihadapinya, lelaki berkenaan meminta pandangan wargamaya di laman Facebook berkenaan.

Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Loan bank sebanyak rm200k. Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk diorang buat rumah sebab saya sorang je anak kerja kerajaan. Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas di isytihar muflis ye?

Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap

Tugas sebagai seorang anak

Buat loan RM200k atas permintaan ibu bapa ubah suai rumah sebab kerja gomen, lelaki terima notis bankrap

Dalam pada itu, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa ibu bapanya mengetahui mengenai masalah yang dihadapinya ini namun alangkah terkejutnya apabila dia diminta selesaikan pinjamannya itu kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang anak.

Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan turut mendedahkan ibu bapanya juga mengatakan bahawa itu sebagai cara untuknya membalas jasa mereka yang telah menjaganya ketika kecil.

Baca Lagi:
Bekas pelajar kongsi sisi gelap sekolah asrama yang ramai tak tahu
Durian pertama buatan China berat 6.91kg terjual dengan harga RM247,000 sebiji
Dua hari dikatakan ‘hilang’, ini keadaan terkini Sanusi
CATEGORIES