Pegawai Imigresen tidak dibenarkan tolak permohonan pelanggan yang tidak fasih bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai Imigresen tidak dibenarkan tolak permohonan pelanggan yang tidak fasih bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai Imigresen tidak dibenarkan tolak permohonan pelanggan yang tidak fasih bahasa Melayu – KP Imigresen. Pegawai Imigresen tidak boleh menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal berbahasa kebangsaan. Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), menyatakan bahawa pihaknya telah mengambil perhatian terhadap laporan mengenai kekecewaan seorang lelaki yang tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak dapat berbahasa Melayu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pulau Pinang, kelmarin.

Beliau menyatakan, “Jabatan Imigresen ingin memaklumkan bahawa pelanggan tersebut sudah berjaya memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada hari yang sama (22 April yang lepas).

“Kami ingin menegaskan bahawa pegawai Imigresen tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan tidak menguasai bahasa kebangsaan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BH.

Pegawai Imigresen tidak dibenarkan tolak permohonan pelanggan yang tidak fasih bahasa Melayu - KP Imigresen

Beliau juga menjelaskan bahawa pegawai Imigresen akan menjalankan semakan rawak dari pelbagai aspek untuk memastikan permohonan diproses dengan sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Bagaimanapun, penting untuk menjalankan semakan tersebut dengan profesional dan berhemah.
“Jabatan ini berkomitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
“Semua pegawai juga diingatkan untuk melayani pelanggan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh JIM,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki melaporkan bahawa ibunya tidak dapat memperbaharui pasport kerana tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu, yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Baca Lagi:
Ustaz terkejut isteri arwah merayu minta kurangkan upah urus jenazah suami, rupanya ejen caj harga pergi haji balik hari
Syarikat pertama beri pekerja 10 hari ‘cuti sedih’ setahun
“Ini Malaysia, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”- Zul Ariffin terkejut dialog ‘panas’ boleh lepas masuk dalam filem Sheriff
CATEGORIES