Nasib Muhyiddin akan ditentukan

Nasib Muhyiddin akan ditentukan

Nasib Muhyiddin akan ditentukan. Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh di mahkamah atau tidak berhubung kes Jana Wibawa yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kesimpulan berhubung perkara itu memandangkan siasatan masih berjalan.

“Didakwa atau tidak, itu saya tidak boleh komen sekarang kerana siasatan SPRM masih dijalankan ke atas beliau (Muhyiddin).
“Saya serahkan kepada AGC untuk membuat sebarang keputusan selepas kertas siasatan dilengkapkan oleh pihak kami,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Ops Tropicana di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Nasib Muhyiddin akan ditentukan

Terdahulu, Muhyiddin sebelum ini mendakwa bahawa SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bukanlah suspek dalam siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut ketika hadir untuk memberikan keterangan.

SPRM bagaimanapun telah mengeluarkan satu kenyataan balas yang memaklumkan bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perbuatan seperti itu boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Mengulas lanjut, Azam turut menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional itu bahawa kononnya pendakwaan ke atas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai pendakwaan terpilih.

“SPRM bukanlah alat bagi mana-mana parti politik dan tidak wujud sama sekali siasatan atau dakwaan terpilih dalam isu ini seperti didakwa oleh beliau (Muhyiddin).

“Di SPRM, kita jalankan siasatan secara profesional dan bergantung kepada aduan serta maklumat yang diterima. Jika dapat maklumat maka siasatan akan dilakukan,” tegas beliau.

Baca Lagi:
5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000
Pekerja hotel tunjuk senarai 5 barang yang ‘free’ boleh bawa pulang sebelum ‘checkout’
Anak Kak KM jadi perhatian ramai sekali lagi, dipuji seperti ‘bidadari syurga’
CATEGORIES