Pekerja hotel tunjuk senarai 5 barang yang ‘free’ boleh bawa pulang sebelum ‘checkout’. Dengar cerita banyak hotel penuh, malah di Langkawi pun hotel lima bintang dah ‘sold out’. Maklumlah dah lama terkurung, inilah masa untuk bercuti bersama keluarga.
Biasanya jika bercuti dan menginap di hotel sudah tentu tidak membawa kelengkapan kebersihan diri disebabkan sudah disediakan oleh pihak hotel.
Namun tahukah anda sebelum ‘checkout’ ada beberapa kelengkapan yang disediakan oleh hotel boleh dibawa pulang sebagai kenangan.
Sebagaimana perkongsian pekerja hotel ini menerusi akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta ni menunjukkan senarai barang hotel yang boleh bawa balik sebelum checkout.
Barang-barang hotel yang boleh bawa balik ialah:
1. Laundry bag
2. Air mineral
3. Notepad
4. Selipar
5. Lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu
@themanoharayogyakarta Nah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp ♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE – HUDHAEFA RAFFA 3
Boleh dijadikan kenangan semasa bercuti. Boleh ambil saja.