5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000

5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000

5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000. POLIS kini memburu tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dalam kejadian meletupkan dua mesin teler automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai bernilai RM349,000 di sebuah bank dekat Setia Alam, Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 6.48 pagi.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan mendapati dua buah mesin ATM dalam keadaan rosak dipercayai diletupkan dan salah sebuah mesin ATM berjaya dibuka.

5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000

“Siasatan awal mendapati tiga orang penjenayah yang menaiki kereta Mitsubishi ASX telah memasuki premis bank tersebut.

“Hanya lima minit diperlukan untuk meletupkan mesin ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Dipercayai guna gas, polis sahkan penjenayah letup mesin ATM profesional

Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank didapati kabur dan tidak jelas kerana suspek telah menyembur menggunakan cat berwarna hitam.

“Kesemua suspek dipercayai lelaki,” ujarnya.

Jelasnya, Unit Forensik, Unit Pemusnah Bom dan Unit Pasca Siasatan Balistik telah hadir ke lokasi bagi membantu siasatan.

“Piihak forensik menyatakan letupan dipercayai dihasilkan dengan cara tekanan gas.

“Tiada kesan kebakaran di tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya.

Mohd Iqbal berkata, kerugian dianggarkan bernilai RM409,000 dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.

Kes diklasifikasikan di bawa Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

@utusantvofficial CCTV telah disembur cat hitam sebelum letupkan mesin #ATM. 📍#setiaalam #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Baca Lagi:
Pekerja hotel tunjuk senarai 5 barang yang ‘free’ boleh bawa pulang sebelum ‘checkout’
Isteri bangun pagi nak bancuh susu anak, terkejut nampak suami tengah buat ‘projek’ dengan mak mertua
Kahwin tak sampai 7 bulan isteri dah bersalin, demi jaga aib aku jadi pak sanggup.. Akhirnya ini balasan yang aku terima
CATEGORIES