Motosikal rider Foodpanda melekat atas jalan yang baru disimen, netizen tak jadi nak kesian. Apabila berada di jalan raya, kita sering dapat melihat pelbagai jenis penunggang motosikal atau pemandu kereta yang kadang-kadang membuat kita terkejut.
Baru-baru ini, seorang pengguna yang dikenali sebagai X telah berkongsi satu video yang menunjukkan seorang rider penghantar makanan yang terperangkap di sebuah jalan yang baru disimen.
Menerusi video tersebut, penunggang lelaki itu kelihatan gelisah dan sedang berusaha untuk keluar dari jalan yang baru disimen tersebut tetapi tidak berjaya. Pada permulaan video, juga dapat dilihat pekerja kontraktor sedang memerhatikan rider tersebut.
Lokasi itu juga kelihatan diletakkan kon dan penghadang untuk menghalang orang ramai daripada melaluinya kerana jalan tersebut masih baru disimen.
Selepas video berdurasi 11 saat itu menjadi viral, ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di platform media sosial.
Kesianlah abang foodpanda niš„ŗš pic.twitter.com/NceLkn43Fb
ā AsyrafJr | iPhone Repair ļ£æ (@AsyrafRosli_) April 23, 2024
Walaupun ada yang menyatakan simpati terhadap nasib penunggang tersebut, masih terdapat pendapat yang berpendapat bahawa rider tersebut sepatutnya dibiarkan di lokasi tersebut kerana degil untuk melaluinya walaupun kon dan penghadang telah dipasang.
Malah, ada yang merasakan ia sesuatu yang lucu kerana jarang-jarang dapat lihat kejadian sebegitu. Setakat ini, kami masih belum dapat kepastian bagaimana insiden itu boleh berlaku atau pun lokasi sebenarnya.