Met Malaysia bakal di mansuhkan?

Met Malaysia bakal di mansuhkan?

Met Malaysia bakal di mansuhkan? DAP meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memansuhkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) sekiranya enggan mendengar nasihat jabatan itu untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, komuniti pengurusan bencana sudah mencadangkan pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini kerana akan terdapat banyak lokasi di seluruh Malaysia yang akan menghadapi bencana banjir.

Justeru, beliau berkata, tiada gunanya Met Malaysia wujud sekiranya Perdana Menteri enggan menerima nasihat daripada mereka.

Met Malaysia bakal di mansuhkan?

“Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Met Malaysia, Dr Mohd Hashim Mohd Anip mencadangkan supaya pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini, daripada sudut pandangan komuniti pengurusan bencana, kerana akan terdapat banyak lokasi di seluruh Malaysia yang akan menghadapi bencana banjir.

“Hashim berkata musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November dan berakhir Mac tahun depan, berkemungkinan akan menyaksikan hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, antara November dan Disember.

“Episod hujan yang sama juga dijangka berlaku di Johor, Sabah dan Sarawak antara Disember tahun ini dan Februari tahun depan. Hujan lebat juga boleh berlaku di pantai barat Semenanjung.

“Apa gunanya ada Jabatan Met Malaysia jika Ismail Sabri enggan menerima nasihat pakar mereka?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu sama ada Parlimen ke-14 akan dibubarkan atau sebaliknya.

Ini susulan Perdana Menteri, telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam yang dikaitkan dengan kemungkinan Ismail Sabri akan turut mencadangkan pembubaran Parlimen.

Walaupun pertemuan itu rutin setiap kali menjelang me syua rat Kabinet, Perdana Menteri sendiri tidak menolak kemungkinan untuk mempersembahkan permohonan pembubaran Parlimen jika ada kesempatan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Perdana Menteri juga perlu mengumumkan secara muktamad bahawa pilihan raya umum akan diadakan selepas Mac tahun depan apabila musim tengkujuh sudah berakhir.

“Ismail Sabri harus secara terbuka menghentikan usaha mementingkan diri sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan pilihan raya umum awal pada tahun ini walaupun terdapat risiko kepada nyawa dan harta benda akibat banjir teruk,” ujarnya.

Baca Lagi:
Ini 5 maklumat penting bank yang perlu anda rahsiakan
Panduan refund duit kad Touch n Go jika rosak, hilang atau expired
Usahawan Kelantan dakwa “dia paling kaya dalam Malaysia”
CATEGORIES